Raya Berkorban Lagi

Assalamu’alaikum. Sebab tak mau terkorban dan mengorbankan orang lain, kebanyakan daripada kita memilih untuk kekal berkorban pada Adil Adha tahun ini. Tak kisahlah kalau dah dapat 2 vaksin sekalipun, badan manusia tak kebal daripada dijangkiti virus cilik lagi licik bergelar corona ini. Walaupun minoriti 2% saja yang berisiko berada dalam kategori 3, 4 ataupun 5 dan majoriti selebihnya hanya kategori 1 atau 2, apa gerenti nya kita kategori mana? Paham tak aku membebel ni? Penat dah semua orang mereput berkorban mengurungkan diri di rumah, kes harian mencanak tak boleh bawak bincang langsung. Kenapa agaknya? Mestilah sebab virus yang jahat tu dah bergelumang dengan masyarakat majmuk Malaysia Raya ini! Dah pulak varian baru si budak Delta tu gila power, dalam masa 15 saat boleh tapau 800 orang, ko rasa?  


Disebabkan komuniti kita ni dah diselubungi Covid-19, maka tak hairanlah jika budak-budak rider J&T (dan syarikat kurier lain) banyak yang dijangkiti lagi menjangkiti para pembeli barangan atas talian. Kan dah tak sempat sampai kurta raya kaler mustard 2 orang hero aku? Terpaksa la hero senior pakai jubah coklat dan yang junior pakai kurta hitam, manakala mami jarum pulak pakai jubah Mekah kaler apa entah nampak macam peach, tapi kadang-kadang macam belacan. Tak pasal-pasal jadi mood ke laut nak bergambar raya, ke macamana? 


Lagi haru, beras nasi dagang dan rempah cap Ros dari Terengganu pun tak sempat sampai, ya Allah…! Aku terpaksa terjah AEON AU2 gi beli beras siam Wangi dan beras pulut demi menjayakan jugak menu pagi raya. Bagi aku sedap je alhamdulillah, tapi bagi pakwe tak menjadi makanya dia makan sikit je. Malam masak nasi putih lauk ayam masak kunyit campur kacang buncis, ikan bawal goreng dan sambal belacan, baru la beriya dia telan. Aku apa lagi, kekal makan nasi dagang sehari suntuk, apa ada hal? 

Walau bagaimanapun, aku ucapkan tahniah kepada semua kat sini yang berjaya jugak sambut Hari Raya Korban apa adanya. Tak tau la sampai bila kita nak terkurung macam ni gaya, sama-samalah kita berdoa agar hidup kembali pulih seperti biasa sebelum hujung tahun ni. Ameeen…!

Terima kasih sudi baca sampai habis, jumpa lagi lain kali. Jaga diri hiasi peribadi. Assalamu’alaikum.

~ Nai @ Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan