Kebaya Klasik & Progres Buih Susu
Assalamu’alaikum. Ambik ko, kuning kenari aku arini, berkebaya klasik, berbatik Jawa segala. Sebelah mak aku ada keturunan Bugis tau, Daeng Selili katanya, mungkin tu salah satu sebab aku suka sangat pakai baju klasik jodoh dengan kain batik lepas. Heheh ada kaitan ke? Kan dah bagitau semalam, nak pakai baju warna-warni arini, sempena bebas daripada motif hitam putih. Dah striking benar kuningnya, aku cari ler tudung yang boleh kasi redup sket suasana. Lipstik pun ambik yang warna tanah, ala-ala nude gitu. Janji bukan aku yang nude, *tetiba jekkk*. Banyak pulak shots arini, malas nak pilih, letak je la semua, tak suka abaikan aje, hokeh? Ok last, sebelum masuk cerita lain. Macam biasa, aku terus praktis untuk dapatkan buih susu yang cukup syarat dan kombinasi, demi kempen menakluki kemahiran free pour latte art. Nampak ada peningkatan la sket, alhamdulillah... tak sia-sia berusaha penuh gigih. Kalau aritu nampak macam tapak kaki, arini much, much better... at least ada bentuk maca...