Berangan Itu Percuma, Online Shopping Itu Tidak
Assalamu'alaikum. Dah lunch semua? Aku baru je lepas makan, lambat hari ni lunch, ambik masa baring atas tilam panas Bio-Contiago dalam sejam dua. Mandi dan solat zuhur dulu, baru turun makan nasi. Dekat seminggu dah aku tak berapa lalu makan, telan pun semua rasa payau je, sehinggalah kelmarin, aku ambik cili padi kasi pecah selera. Hari ni pun sama, aku ambik sebiji cili padi dari dalam mangkuk yang berisi ikan tongkol masak singgang Terengganu, gigit sikit-sikit buat ulam. Bijinya aku tak makan, itu pun dah macam naga mulut ni ha berasap. Tak bagus sebenarnya untuk perut gastrik macam aku ni, tapi dah tak selera makan cara lain, apa nak buat?
Entry kali ni aku nak sambung cerita tentang kain cotton pujaan hati daripada IG Calatalia, mukadimah tadi takde kaitan pun, tapi takpe je kan?
Dubai Cotton ni pada pendapat peribadi aku, lebih selesa dipakai berbanding Vietnam Cotton, material pun lebih lembut dan paling penting, tak mudah berkedut. Aku ni ye la, membosankan, duk ulang tempah baju tradisional je memanjang... alih-alih, baju kurung, kalau tak kurung Pahang, kurung modern. Lepas ni ingat nak tempah kebaya la pulak, selang-seli kebaya singkat, kebaya labuh, kebaya Pahang, kebaya Riau. Hehehhe... entah la, tak sudah-sudah fikir pasal baju!
Gambar kat atas tu, (sebelah kanan tu) tunjuk aku duk lepak kat gerai rojak dan cendol dengan sepupu aku, si Lela. Kami ni anak-beranak muka bulat dan #teampipipau, murah dengan senyuman dan hati tisu kalau yang perempuan. Dia datang ofis, mintak aku mengesahkan dokumen-dokumen penting untuk menguruskan permit bibik dia. Apa la sepupu aku tu, dibiarkannya urusan tu tertunggak lebih 7 bulan, masak la nak membayar over-stayed penalty. Dah berbuih mulut aku ni ingatkan, tapi apakan daya, dia tetap pilih untuk menangguh. Takpe la kot, laki dia banyak duit nak bayar penalti. Kalau aku buat macam tu, memang mintak laki mati awal la, kan? Takpun, mintak diri sendiri mati awal. Hahaha. Ye la, dah sah-sah kami tak mampu, lagi mau cari pasal?
Anyways, kembali kepada cerita asal, Dubai Cotton ni duk melambai-lambai sungguh la weh, jom kita pakat tengok berapa lama aku boleh menidakkan temptation yang amat mengasak fikiran itu, ya? Dah ada yang aku duk riki dan usha kat IG Calatalia tu sebenarnya, tengah short-list apa yang patut.
Tengok, ingat senang ke nak kawal nafsu shopping? Tapi aku tak kacau orang pun, jadi takde hal la kot, lagi pulak berangan tu kan percuma? Kalau berangan pun nak kena bayar, mati kita semua, weh! Oleh sebab itu, izinkanlah aku terus berangan-angan memilih segala apa yang beraja di mata, bersultan di hati sepuas-puasnya. Bukan apa, pilih awal-awal karang, keluar pulak stok baru, dah berbalam-balam pulak rinduku di awan lalu. Dilema jugak perangai perempuan ni kan? Tak pernahnya reti nak berpuas hati dengan baju yang sama, asyik nak yang baru je keja nya.
Nantilah aku update mana satu yang aku beli, okay? Setakat ni aku saje buat lambat, dengan harapan SOLD OUT, tak payah beli, boleh? Hahahha tak sememeh betul aku ni, kan? Korang enjoy your weekend, okay? Terima kasih sudi baca, jumpa lain kali. Assalamu'alaikum.
~ Nai at Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment