Mastering The Art of Patience
Assalamu’alaikum. Dalam banyak-banyak perkara, sabar paling payah nak buat, cakap bolehlah, senang. Lebih-lebih lagi kalau diletakkan dalam keadaan yang sangat mencabar emosi, memang hazabedah ler nak bersabar. Tapi itulah sebenarnya ujian yang kebanyakan manusia selalu gagal big time, kita hampir pasti akan terlupa, penat, malas ataupun tak punya kuasa nak bersabar. Mungkin sebab itulah sabar ni pahalanya besar sangat di sisi Allah, dah confirm susah yang amat nak buat. Bak kata Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni dalam bukunya, “Be The Happiest Woman”, sabar itu adalah seekor kuda perang. Patience is a war horse. Maknanya, manusia yang boleh bersabar tak ubah seperti kuda perang, bukan calang-calang makhluk Allah weh kuda perang tu!
Kuda perang mana ada penakut, lemah, lembik, malas, gelojoh, gopoh, bertangguh, berlenggang kangkung, menyiput sedutkan diri bagai. Jadi, jom lah kita pakat belajar kemahiran bersabar, mudah2an semangat kuda perang akan semakin menguasai diri kita semua, hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun, dekad demi dekad, abad demi abad (erk.. takde la panjang benar umur nak sampai berabad, kenn?).
Bercerita tentang sabar, kat sini aku kongsikan gambar-gambar rak yang akhirnya berjaya aku miliki, setelah sekian lama memasang impian, mengenepikan bajet 10km sejam, berendam air mata darah bergelen-gelen dan memujuk hati agar sabar dan terus bersabar, usaha dan terus berusaha, cuba dan terus mencuba. Alhamdulillah... dengan izin-Nya, sekarang bolehlah aku pelan-pelan menyusun atur buku-buku dan barang-barang koleksi peribadi yang penuh sentimental value jauh di lubuk hatiku yang paling dalam.
Banyak lagi nak kena susun, setakat dua, tiga hari sejak kehadirannya di ruang famili, kira okay la takat yang diabadikan dalam gambar-gambar ni. Takde la aku dokumentasikan setiap saat ataupun progres upacara penyusunan rak tu, kan... mau tak siap sampai sudah karang!
Aku memang tak berniat nak letak buku aje kat situ, jadi logik la banyak ruangan yang akan aku gunakan untuk benda lain. Pelan-pelan kayuh, kata orang. Dalam otak ni macam-macam benda ada, macam-macam impian ada, sampai kena ajar depa suruh bertenang dan ambik nombor giliran, bukan dengar cakap sangat pun sebenarnya, ishh..!
Tapi takpe, aku kan nak belajar memahirkan diri dalam arena bersabar, kata nak jadi kuda perang! Okay la, terima kasih sudi baca sampai habis, bakal kuda perang sekalian, marilah kita menuju kejayaan. Jumpa lagi nanti, Assalamu’alaikum.
~ Nai at Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment