5 Girls and A Boy

Assalamu’alaikum. Ni cerita awal bulan Oktober, sampai tengah bulan baru nak up entry, boleh? Ida baru dapat gaji masa tu, dia ajak family keluar dinner, tapi yang lelaki ada tak sihat, tengah meeting dengan business partner depan TV kat rumah dan kononnya nak join kemudian. Hurmmm... akhirnya yang berjimba bersama-sama hanyalah 5 orang kaum Hawa dan seorang kaum Adam. Kami lepak di Teh Tarik Place, Wangsa Walk.



Dah sampai situ, mestilah order teh tarik, kan? Terbaik, baq haaaang...! Walaupun aku heret sama masuk kedai botol air hijau yang gedabak tu, aku tetap komited menghabiskan segelas teh tarik sementara masih panas. Dah sejuk mana ada ‘kick’... baik order teh ais dari awal, bagi aku la.



Ida syorkan kami buat aktiviti ni acara wajib, Pay Day Night Out, katanya. Eh, aku takde hal, beb, lagi seronok ada ler, bonding time dengan family mana yang punya waktu dan kesempatan. Ingat senang ke adik2 nak belanja kakak, weh? Hahahah. I loike....!



Kalau semua ada dan cukup korum, lagi havoc dan happening. Mau runtuh kedai orang gamaknya, na’uzubillah. 



Nanti bila baby M dah besar sikit, bolehlah pakat meriahkan majlis dengan Athiyya dan Ajieq, yang dia panggil kakak dan abam. Budak bertuah ni macam biasalah, melekat baik punya dengan Mak Lom, duduk mesti dekat-dekat, melting tahap gaban la, kan?


Like, “I don’t deserve this, darling you look perfect tonight” punya melting.





Hidup ni baik kita pilih untuk saling sayang menyayangi, kasih mengasihi, cinta mencintai, kerana Allah SWT. Kita tak punya cukup masa untuk menyebarkan kasih, sayang dan cinta mesra, usahlah kita singkatkan lagi dengan hasad dengki dan benci khianat. 

Selamat berhujung minggu semua... terima kasih sudi baca sampai habis. Jumpa nanti... Assalamu’alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan