Blues Hari Jumaat

Assalamu’alaikum. Selamat pagi Sabtu, kawan-kawan semua. Hari ni aku julung-julung kalinya tak terpacak kat Pasar Tani, habiskan lauk mana yang ada dalam peti dulu, lagipun dua minggu lepas dah penuhkan stok daging kambing. Ikan dan ayam pun banyak lagi. Bibik pergi sorang, naik basikal gi beli susu kambing untuk bonda. 



Okay la, kita cerita pasal semalam, jom. Pagi-pagi aku buat caffe latte sendiri kat rumah, dan bercinta nak habiskan dua keping roti. Biasanya sekeping je aku makan, bakar dua tu sebab standby kot2 mak mintak sekeping macam kelmarin. Masa breakfast macam biasa aku akan ajak mak join, teman dia borak-borak kosong dan bagi peluang dia nak update gossip terbaru tentang keluarga Temerloh, kawan-kawan masjid, dan apa saja la yang penting nau2 bagi dia. Toaster kat dapur tu muat 4 keping roti, sebelah aku bakar 2 keping roti putih Gardenia mak punya, sebelah lagi aku bakar sekeping (atau dua keping) roti wholemeal Masimo aku punya. Kadang2 mak akan mintak sekeping Masimo, tengok mood dia. Tapi semalam kenyang katanya, jadi berjihad ler aku nak perabis dua keping Masimo! 



Kat ofis, aku dah lama semak mata kepala tengok whiteboard yang penuh dengan permanent marker, google kejap macamana nak tanggalkannya agar whiteboard seputih salju kembali. Mintak tolong budak praktikal yang kami nyakat panggil “Taliban” gi beli hand sanitizer, memang kebaboom la hasilnya! Lepas ni korang boleh la try buat kat rumah ataupun ofis kalau ada masalah yang sama, hokeh? Senang yang amat, hand sanitizer tu letak kat tisu, tuala ataupun kain bersih, sapulah whiteboard anda dengan penuh dedikasi. Izi Pizi! 



Tengahari pulak ada orang buat lawak depan pagar rumah aku, pergh... terbaik la punchline dia! Aku jarang sangat bawak kereta gi ofis, jalan kaki je nak exercise sket keluarkan peluh, bukan jauh pun. Cuma setiap Jumaat aku akan ada rasa bimbang, kot2 ada mamat berfikiran sehala yang suka-suki parking depan rumah orang nak gi solat. Dah lama takde kejadian macam tu, sehinggalah semalam. Dia parking baik punya, tak boleh nak bukak pagar pun, apatah lagi keluarkan kereta. Yang lagi best, dia pergi tarik hand-break. Sekian, terima kasih.

 Dalam hujan, aku letakkan nota cinta kat wiper, kasi pesanan penaja sket. Semalam, ada 2 menda yang mempengaruhi nada bahasa dalam nota cinta itu: 1- Perut dah kenyang, makan nasi beriyani kul 12.30 tengahari. Ye la, macam pantun tu la: Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati.  2- Hari hujan, cuaca sejuk dan damai. . 

Bayangkanlah kalau masa tu panas terik, perut pulak tengah lapar, confirm tak sedar lepaskan geram dalam nota. Jadi, logik yang amat kalau Nabi Muhammad s.a.w tak bagi kita buat keputusan masa tengah lapar ataupun marah. Dan logik yang amat kita disarankan untuk berwuduk nak redakan rasa marah. Perut lapar, hati panas. Cuaca panas, hati lagi panas. Perut lapar, cuaca panas, hati confirm la menggelegak! Gitieww... 



Akhirnya, aku terpaksa mintak tolong P.A aku datang ambik kat rumah, sama2 pergi jemput anak aku kat Gombak. Kesian sangat dia tunggu lama, untunglah memang selalu bawak payung pergi sekolah. Dari jauh aku dah nampak dia kejap duduk, kejap bangun, kejap jalan, tunggu aku sambil berpayung. Semua tu aku pantang tengok, sejak aku jadi personal driver dia, memang aku elakkan menda tu terjadi. Aku tak suka biarkan dia tunggu lama2, kesian tau. Perasaan tu akan dibawak sampai besar esok2, tanpa sedar anak-anak kita akan jadi resah menunggu sesuatu yang tak pasti. Tapi ye la, dia kena jugak belajar menunggu, kan? Cuma bezanya, dia tau kalau lambat tu mesti ada sebab yang tak dapat dielakkan, bukannya sebab dia yang terakhir dalam senarai keutamaan. 

Anyways, aku balik ofis semula sampai petang, lepas hantar anak ke rumah. Nak pastikan fresh milk tak terlampau banyak tinggal sepanjang cuti hujung minggu, aku buat kopi lagi, sambil praktis cari kombinasi espresso dan buih yang betul. Haih... latte art jauh bebenor nya lagi nak pandai buat! Orang bentukkan love, tulip, leaf, swan... aku buat bentuk tapak kaki, weh! 

Tak reti lagi macamana nak froth susu biar sampai jadi macam campuran cat dinding, supaya sempurna nak dibuat free pour latte art. Hurmm... jangan pernah putus asa, tau... cuba dan cuba lagi sampai pandai. 

Itu je la, terima kasih sudi layan cerita rojak aku sampai habis. Jumpa lagi, selamat berhujung minggu. Assalamu’alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan