Kebaya Saree Pink Untuk Menewaskan Monday Blues
Assalamu’alaikum. Monday Blues? Mana ada, dah tukar jadi warna pink dengan jayanya. Berkebaya saree kita hari ni, jangan marah... ambik mood raya awal sket. Sejak dah hilang inci ni, lain betul cutting bila pakai kebaya. Dah terbiasa kecik pinggang ke atas dan lebar ke bawah separuh umur, mula2 dulu rasa pelik yang amat. Sekarang ni lemak banyak berkumpul di abdomen, logik la makan aje kerjanya. Selera pulak jarang nak lemau, otak asyik ligat berfikir nak makan apa breakfast, lunch, tea, dinner. Maka tak hairanlah kalau HQ lemak duk bertapak di abdomen, kan? Pengambilan air suam masih diteruskan seperti biasa, cuma kebanyakan masa tak sampai 3L, takat 2.5L sehari, sesuai dengan berat semasa. Duk turun naik selang seli antara 59 dengan 60 kg, tengok keadaan makan gila tahap mana. Aku tak nak kurang daripada 59kg sebab nanti nampak cengkung macam hidup terseksa. Badan aku sesuai takat 59kg minimum dan 60kg maksimum. Kurang ataupun lebih daripada dua skala tu, tak elok. Kalau lebih sket j...