Kebaya Saree Pink Untuk Menewaskan Monday Blues
Assalamu’alaikum. Monday Blues? Mana ada, dah tukar jadi warna pink dengan jayanya. Berkebaya saree kita hari ni, jangan marah... ambik mood raya awal sket. Sejak dah hilang inci ni, lain betul cutting bila pakai kebaya. Dah terbiasa kecik pinggang ke atas dan lebar ke bawah separuh umur, mula2 dulu rasa pelik yang amat. Sekarang ni lemak banyak berkumpul di abdomen, logik la makan aje kerjanya. Selera pulak jarang nak lemau, otak asyik ligat berfikir nak makan apa breakfast, lunch, tea, dinner. Maka tak hairanlah kalau HQ lemak duk bertapak di abdomen, kan?
Pengambilan air suam masih diteruskan seperti biasa, cuma kebanyakan masa tak sampai 3L, takat 2.5L sehari, sesuai dengan berat semasa. Duk turun naik selang seli antara 59 dengan 60 kg, tengok keadaan makan gila tahap mana. Aku tak nak kurang daripada 59kg sebab nanti nampak cengkung macam hidup terseksa. Badan aku sesuai takat 59kg minimum dan 60kg maksimum. Kurang ataupun lebih daripada dua skala tu, tak elok. Kalau lebih sket je dah rasa berat nak tarik body. Makanya ikut mana pun memang nak kena disiplin jugak, tak boleh terlalu mengikut nafsu makan. Kena tau bila nak berhenti la pendek katanya.
Dekat setahun dah amalkan diet air putih ni, alhamdulillah terbukti kesannya. Nak maintain lagi payah sebenarnya tapi itu semua tak mustahil pun. Yang penting, kita betul2 nak. Usaha sampai dapat. Caiyyok!
~ Nai at Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment