Satin, Sifon & Batik
Assalamu’alaikum. Aku dah lama beli fishtail blouse dari Poplook warna pudina ni, selalunya pakai dengan skirt buat pergi kerja. Tapi minggu lepas tukar selera sket, gayakan dengan kain batik Jawa pulak. Nak cari tudung yang masuk dengan kombinasi dua alam penuh berbeza tu, aku rojakkan lagi dengan memilih satin shawl. Sekali stongan warna maroon, memang suka hati je buat color-blocking!
Sekarang ni cuaca dah makin kembali normal, takde nak pakai tebal-tebal macam aritu. Cari je pakaian yang sesuai dengan iklim Khatulistiwa kita ni, senang nak elak daripada bau badan dek peluh segala jantina, bukan setakat peluh jantan.
Satin, sifon dan batik (cotton) adalah jawapannya... tak perlu pergi jauh-jauh. Elok sangat kombinasi tiga jenis fabrik ni untuk dikenakan sepanjang hari bekerja di dalam mahupun di luar pejabat. Nyaman lagi menyamankan.
Ini gambar 3 tahun lepas dengan baju yang sama, style berbeza. Jauh lebih selesa kombinasi satin, sifon & batik!
~ Nai at Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment