Jumaat Yang Basah

Assalamu’alaikum. Minggu kedua tahun baru dengan rasminya dah berlalu pergi, kejap je. Jumaat memang hari yang sangat singkat, terkejar-kejar pun ada jugak. Aku sampai ofis pun dah jam 10 lebih, ada berapa jam je sebelum turun ambik anak lunchtime. Hujan tak berhenti dari awal pagi, dah seminggu macam ni cuaca. Nasib baik tak lebat sepanjang hari, kalau tidak mau tenggelam Lembah Kelang.



Hari ni aku pakai warna lembut, secara tak langsung mempengaruhi pembawaan jiwa. Pasang OST Winter Sonata dan orang datang nak jumpa Pesuruhjaya Sumpah terikut-ikut bercakap dengan nada bass no treble. Gitieww...



Aku turun ke Gombak dalam jam 1.15pm lebih kurang, saja bawak pelan2 ikut MRR2 tak nak kasi cepat sangat sampai. Pagi masa hantar anak pun lalu ikut MRR2 sejak tiga empat hari ni, dan hampir setiap hari ada accident. Siap ada kereta terbalik dan lori terbakar, pergh... sungguh tragis! Terkebil-kebil aku tengok api yang marak dan asap hitam berkepuk-kepuk tepi jalan, macam dalam movie pulak. 



Anak aku beli minnion cupcakes hari ni, buat alas perut lepas solat Jumaat. Sedap rasanya... bukan sekadar rupa la, kan? Balik hantar dia ke rumah, aku pergi semula ke ofis sampailah jam 5.30pm. Hujan masih renyai-renyai waktu balik tu. Ralat jugak tak mintak orang snap gambar penuh OOTD, kalau tak boleh share kat sini. 

Takpe la, lain kali aku pakai lagi wajib kena ambik gambar. Sementara sampai detik itu, meh aku belanja sekeping gambar yang aku ambik masa try jubah ni mula2 dapat bulan puasa tahun lepas. Beli online je, dapat murah sikit daripada kat luar sana. Nampak lawa Lofa pakai, aku teringin nak miliki yang serupa. Memang berbaloi-baloi! Pakwe dan bonda dua-dua heran jubah bila pulak ni, aku bagitau la tahun lepas punya. Ingat nak pakai raya tapi panas, kena ada lagi satu inner dress kat dalam. Aku punya ada sehelai je, warna hitam pulak tu. Walaupun kain lycra, tetap panas kalau lapik dengan jubah tu ke hulu ke hilir berhari raya. Dikhuatiri ada yang pitam depan balang kuih je.. 



Ish... mata aku ni segar-bugar yang amat, member dah berdengkur kat sebelah. Apa nak buat, aku terlelap dari lepas solat Maghrib sampailah jam 10.30 malam dengan telekung masih di badan. Dah jadi burung hantu ler pulak. Nak kena pejam jugak mata, mudah2an dapat lelap segera. Terima kasih sudi baca, tau.. jumpa lagi nanti. Mimpi yang indah-indah...!

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan