Kisah Khamis Minggu Pertama Tahun 2018

Assalamu’alaikum. Seminggu pertama berlalu dengan pantas, tahun baru yang belum kita ketahui warna dan rentaknya bagaimana. Mungkin ungu, hijau, hitam ataupun biru, kita tidak tahu. Hidup hanya perlu diteruskan, bukan? 




Khamis aku sedaya mungkin masih tetap mengenakan batik, sempena hari Batik Nasional. Memang dah lebih 6 tahun pun takde batik baru, duk ulang putar mana yang ada. Terasa jugak nak beli yang baru kalau kebetulan balik Terengganu, tapi ya la, baliknya pun tidak. Lagipun harga batik makin mahal, macam tak logik akal nak beli masa tengah gawat ni. Orang yang ada gaji tetap lain la, macam aku ni baik toksah la kan. Kena la insafi keadaan diri dan lebih utamakan keperluan daripada kemahuan. 



Petang Khamis lepas habis waktu bekerja, budak2 aku pakat bersihkan mini fountain kat ofis. Masa mula2 nak guna balik dulu aku turun padang dan menyingsing lengan, bersimpuh atas lantai menggonyoh dan membersihkan apa yang patut. Kali ni lain sikit, sebab utamanya dah ada ikan dalam kolam tu. Nak kena kaut semuanya keluar dulu sebelum sedut air dan ganti yang baru. Memandangkan dah lambat, aku tinggalkan dorang buat kerja, lepas Maghrib dah janji dengan pakwe dan anak nak keluar makan.



Sejujurnya, aku tak suka sangat dim sum bagai, tapi takpe la.. teman pakwe. Anak aku sejak masuk Form 2 ni pun dah pandai sesuaikan selera dengan makanan baru. Kalau dulu memang dia end up minum air je kalau pergi tempat2 yang dia tak biasa makan. Kami pergi ke Dolly Dim Sum, Avenue K naik grab lepas Maghrib. Aku yang dah lapar sangat balik kerja tu sempat lagi makan donat dan pengat durian dulu. Bayangkanlah macamana nak isi perut dengan dim sum pulak? Akhirnya sebelum pecah tembolong, aku bungkus dengan tisu dan sumbat dalam handbag. 

Dolly Dim Sum ni besar gedabak dan sangat cantik interior nya. Kami dapat meja untuk 3 orang kat tepi tingkap, boleh nampak suasana malam kat luar. Masa tu hujan, effect aircond dan hujan menjadikan panorama macam kat South Korea musim sejuk. Dah la bangunan Avenue K memang macam sana pun.

Tentang makanan pulak, banyak pilihan menu yang boleh dipilih ikut selera dan bajet kita. Sila kosongkan perut sebelum datang, jangan jadi macam aku yang terlebih bijak. Siapa suka dim sum memang berbaloi makan kat sini, sedap dan gila kenyang! Maksud aku, kalau datang dengan perut kosong sekalipun, makanan kat Dolly ni sangat mengenyangkan. Makan sikit je tapi cepat kenyang. 



Mahal ke tidak tu subjektif, kalau bagi aku takde la mahal mana, walaupun bukan aku yang bayar. Dengan 5 pesanan dim sum, chicken wings (yang besar bapak, hokeh!), air jus tembikai-laici dan teh Jun Lun, dalam RM100 lebih sikit, campur GST. Portion dim sum kat sini satu hidangannya besar, sebab tu aku kata berbaloi datang. Maknanya kan, boleh pesan sikit je course, confirm dah lebih daripada cukup sebab portion yang besar. 

Cuma ada satu yang aku tak puas hati: tandasnya. Menyesal nak mampus tak berjalan sikit keluar cari tandas, hancur gila bau walaupun cantik. Tandas dorang unisex untuk pelanggan, ada 1 tandas mangkuk, 1 tandas khusus lelaki dan 1 sinki. Aku tahan nafas pun masih tak boleh blah bau hancing dalam tu. Memang rasa nak maki hamun sangat2, aku dah la jenis penggeli tahap gaban dengan bau-bau gitu. Tak patut la kan tempat classy tapi tandas macam hampeh. Tandas kampung kat gerai tomyam pun bersih dan takde bau gila macam tu. Lagi mau charge service tax bagai! Jadi, sila jangan guna tandas dorang. Bawak2 la berlenggang sikit pergi cari tandas yang bertamaddun baunya kat luar restoran.



Anyways, lepas makan tu kami balik naik LRT je dan sama2 menapak ke rumah jalan kaki. Bagus! Tak la aku rasa bersalah sangat sebab makan dinner dengan donat, pengat durian dan dim sum! Sampai rumah, baru perasan yang kunci aku terjatuh dalam grab hala pergi ke Avenue K. Nasib baik la driver tu sudi datang hantar semula ke rumah, siap tolak lagi duit yang aku bagi. Semoga dilipatgandakan rezekinya oleh Yang Maha Esa, Ameeen...!

Demikianlah saja ceritanya. Terima kasih sudi baca sampai habis. Sampai jumpa lagi, Assalamu’alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.










Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan