Ipar Duai bukan Dua Lipa

Assalamu’alaikum. Semalam aku pergi Aeon Mall bawak kereta masuk Cars, buat polish sebab dah tak nampak rupa putih. Maklumlah sejak beli kat bonda lebih 5 tahun lepas, tak pernah langsung hantar polish. RM160 harganya termasuk cuci dan vakum, pejam mata je la.. daripada makin nazak tak terurus nanti. 



Sementara menunggu kereta siap jam 5.30pm, aku lepak kat Starbucks makan mini sausages yang terlebih topping pulak kali ni.. staff baru nampaknya, tak familiar pun muka. Kalau staff lama dah tau aku suka yang macamana, takpe la masih boleh telan walaupun muak. Lama sangat menunggu kereta, aku wassap ajak adik-adik ipar si Nurul dgn Yana datang join, lepak minum kopi. 



Sekali rencana diubah, tak jadi ambik kereta jam 5.30pm sebab aku ajak dorang gi beli inner ninja kat pasar malam depan Aeon. Lama yang amat tak jejak kaki ke pasar malam, biasanya pergi pasar tani je kat tapak yang sama. Menyesal jugak tak pergi pagi-pagi semalam, dah terpaksa bayar lebih untuk benda yang sama. Inner kat pasar tani RM5 je sehelai, kat pasar malam RM8, jauh tu beza. Tapi sebab masih murah daripada gerai-gerai dalam Aeon (RM15), maka aku beli jugak la 3 helai.. dapat RM20 lepas tawar. Rugi RM5 kat situ, hurmm.... kalau kat pasar tani dah dapat 4 helai.

Pengajarannya, sila jangan malas turun pagi-pagi ke pasar tani walaupun tak nak beli lauk. Sekian, terima kasih.

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan