Berani Dine-In Ya?

Assalamu’alaikum. Korang dah berani dine-in, ya? Kami belum lagi, takat masuk kedai tapau bawak balik boleh la. Gambar ni masa minggu bila entah aku singgah tapau java chip dengan mocha frap (dengan whipped cream, of kos!) kat Starbucks. Masa aku pergi tu tak berapa ramai sangat orang dalam kedai, mungkin sebab bukan waktu puncak sebelum asar gitu. 


Hari ni selepas sekian lamanya, aku lepak dalam tempat yang sama disebabkan ada orang nak ambik consultation segala bagai, biasalah berebut anak dan apa yang boleh direbut lagi.  Takde pulak aku ambik gambar tadi, aish..!


Lepas settle bekerja (bagi consultation tu kerja la, betul tak?) sehabis baik, aku pergi cari sandal baru nak kasi bonda. 10hb Oktober (Ahad) nanti birthday dia, tapi aku balik rumah terus bagi kotak suruh dia bukak dan try. Dia tanya kenapa tak tunggu Ahad? Aku jawab, kita tak tau bila kita nak pergi tinggalkan dunia. Tak payah nak tunggu-tunggu, ada hadiah terus bagi. Ada nak bagitau, terus cakap. Apa ada hal nak postpone bagai? 

Meh sini nak cakap, I love you guys. Happy birthday kepada semua yang dah, sedang atau akan menyambutnya. Segala yang terindah semoga menjadi milikmu nan abadi. Ameen.

~ Nai @ Tak Pe Je.

 


Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan