Sepagi Di Hospital ENT


Assalamu’alaikum. Apa khabar korang semua? Semoga sihat walafiat hendaknya tapi kalau diuji dengan apa jua bentuk kesakitan, semoga dipermudahkan segala urusan. Entry kali ni aku kongsikan hari anak semata wayang buat rawatan telinga di hospital pakar telinga, hidung dan tekak (ENT singkatan medikal yang digunapakai kebiasaannya). Sejarah rawatan budak bertuah ni bermula dari dia belum masuk sekolah rendah, tak silap aku. Sejenis yang tak jadi takat jenguk doktor harian di klinik kesihatan, terpaksa jumpa pakar bidang ENT.


Paling lama tahan tak pergi, dalam tempoh 3 tahun setakat ni. Pakar explain sebab jadi macam tu, saluran telinga dia jauh lebih kecil daripada kita semua dan akan selalu berulang kejadian telinga tersumbat. 3 tahun lepas lagi teruk dia sakit berdengung bagai, sebabnya duk snorkeling kat Pulau Perhentian. Kesian dia, dah la kami selalu sangat lompat dari satu pulau ke pulau yang lain sejak azali. Masa zaman cakap pelat dulu siap bengkak bernanah-nanah telinga dia, mummy daddy tak tau dia tak boleh langsung guna cotton bud untuk cuci telinga. 


Rawatan baru-baru ni dia kena baring mengiring tak bergerak selama 15 minit, pesan kat nurse suruh panggil mummy masuk pass handphone. Alang-alang dipanggil, aku paham la dia nak aku teman kat situ. Dua kali titik ubat untuk cairkan sinki tersumbat, alhamdulillah bersih daripada noda dan nista. Kiranya tak sempat membengkak dan memudaratkan gegendang, syukurlah dia cepat mengadu dan aku buat appointment pergi lepas sehari rehat vaksin kedua. 


Cantik pulak dia snap gambar aku sebelum naik grab balik rumah, sporting layan mummy macam biasa. Setakat entry ni dibuat, keadaan dia sangat stabil dan tak ada apa-apa yang perlu dirisaukan. Aku kena bagi dia makan ubat herba tradisional untuk resdung nampak gayanya, mudah-mudahan boleh membantu mengawal selia apa yang patut. 


Sementara itu, kita teruskan kehidupan dengan penuh semangat. Jaga diri dan kekal selamat, terima kasih sudi baca sampai habis. Assalamu’alaikum.

~ Nai @ Tak Pe Je.



Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan