LUKA

Dalam hidup ini, yang paling menyakitkan adalah dikhianati oleh orang yang paling dipercayai. Sulit untuk dihadam akal fikiran, boleh menjemput kemurungan yang tidak bersempadan. Kemaafan bukan lagi sesuatu yang perlu ditimbulkan kerana frasa itu sendiri pun tidak sesuai untuk dilafazkan. Apa pun jua alasan, pilihan ada di tangan kita untuk saling menjaga kepercayaan dan tidak sesekali mengkhianati antara sesama. 

Mengkhianati itu sendiri adalah suatu pilihan dan tiada alasan yang akan mampu dijadikan sandaran. Apatah lagi jika satu demi satu pengkhianatan dilakukan, memanipulasi sebuah kepercayaan yang diberikan tanpa syarat selama ini. Itu sudah terang lagi bersuluh adalah pilihan yang disengajakan, matlamat takkan pernah menghalalkan cara. 


Sakit yang dirasakan juga bagaikan pedang menghunus ke jantung, membunuh zahir dan batin. Meskipun hidup tetap terasa mati. Yang lebih menyakitkan adalah hidup tetap perlu diteruskan sementara menanti mati yang memang pasti. Begitulah diibaratkan peritnya sebuah pengkhianatan. Bukan sesuatu yang boleh dipandang enteng mahupun seketika cuma. 

Ingatlah, jangan sampai orang menangis di tikar sejadah atas apa yang kita lakukan kerana apa jua doa ketika itu takkan ada hijabnya di sisi Allah swt. Kata hadis sahih (riwayat at-Thabrani):

Sabda Rasulullah saw 

 

 اِتَّقُوْا دَعْوَةَ الْمَظْلُوْمِ فَإِنَّهَا تُحْمَلُ عَلىَ الْغَمَامِ، يَقُوْلُ اللهُ وَعِزَّتِى وَجَلاَلِى لَأَنْصُرَنَّكَ وَلَوْ بَعْدَ حِيْنٍ

 

“Takutlah kalian pada doa orang yang dizalimi, kerana sesungguhnya ia akan dibawa ke atas awan, kemudian Allah berkata: Dengan kemuliaan-Ku dan kebesaran-Ku, Aku pasti akan menolongmu, sekalipun nanti.” 



Iman jualah penyelamat kita semua, yurobun…



Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan