Seluar Kargo
Tapi itu dulu, sekarang denim skirt dan seluar kargo dua-dua jadi fashion statement sampai berlambak-lambak kat kedai fizikal dan juga online. Harga pun murah-murah, cuma kalau nak yang kualiti lebih dari segi fabrik lembut, tak boleh la dapat bawah RM100. Dulu memang gitulah harganya, sampai sekarang masih tak banyak berubah kalau diamat-amati. Apa yang bagusnya sekarang ni, cutting lebih sesuai untuk badan perempuan dan siap didatangkan dengan gender friendly, unisex gitu.
Sejak harga durian runtuh boleh dapat kat Shopee, banyak dah aku kumpul. Murah memang la murah, tapi kain jenis macam uniform sekolah rendah/menengah. Ada juga yang jadi mengecut lepas dibasuh banyak kali, tetiba pakai “eh kenapa senteng?” Adatlah benda murah, nak expect menang memakai, apa ada hal? Tinggal lagi, bila koleksi banyak dalam almari, boleh rotate dan tukar ganti ikut selera. Aku kadang-kadang pergi outstation bawak sehelai, pakai siang malam. Ada sehelai yang nipis aku beli kat Uniqlo, sejuk kalau pakai travel.. sebab aku lebih selesa pakai yang tebal dalam air-cond. Jadi takpe la kain tebal macam uniform sekolah pun, senang nak keluar masuk tempat full-blown air-cond. Tidur malam masa outstation pun dalam air-cond jugak, tak pasal-pasal karang menggigil bangun Subuh. Bukan semua homestay ada selimut tebal dan takkan nak angkut comforter kulu kilir pulak, renyah nanti. Blazer, jubah, beg isi fail dan beg isi baju pun dah kiri kanan… owh, tak kuasa aku!
Comments
Post a Comment