Sarung Telekung


 Assalamu’alaikum. Aku ada satu perangai dari zaman muda remaja sampailah purbakala ni, suka sangat solat guna kain sarung dipadankan dengan telekung. Kalau dulu mesti tergedik-gedik buat muka comel mintak dengan ayah, sekarang aku lebih memilih untuk beli sendiri kat Mydin. Bukan tak boleh ambik pakwe punya, ada je memang dah rembat dua tiga helai tapi sebab sejenis tamak haloba, nak juga beli lain. 

Lebih-lebih lagi sejak selalu turun Ipoh hampir setiap bulan dah dua tahun lamanya, suka sangat jenguk Mydin gedabak kat Meru Jaya. Dah jadi satu rutin wajib berlama-lamaan kat bahagian mini telekung dan sarung pelikat. Ada yang tanya kenapa suka guna sarung masa solat? Oh, jawapannya mudah je: sebab labuh dan gabak. 🤭 jauh lebih selesa berbanding kain telekung, terutamanya yang dari Indonesia mahupun Vietnam. Kebanyakannya senteng, banyak kali ternampak kaki masa duduk tahiyyat akhir. Dulu la, sekarang ni dah labuh-labuh majoriti kain yang dijual, kecuali la yang orang waqaf kat surau ataupun masjid, masih lagi senteng. 

Baru-baru ni aku ada order sarung batik pulak kat Shopee, 2 meter ukurannya.. baguslah buat solat, sama selesa dengan kain pelikat. Boleh buat beberapa set untuk dibawa berjalan, satu letak dalam kereta sendiri dan satu letak dalam kereta pakwe. Ingat masa kat Uni dulu, kawan aku si Sue N suka guna kain macam ni buat solat tapi masa tu aku belum gemar style gitu. Lagipun mana ada variasi macam sekarang, dulu nampak kusam je tak menarik pandangan mata majazi diriku ini. 


Umur dekat 50 siri ni makin lama makin mencari benda-benda macam ni. Dulu tak paham kenapa arwah mak sibuk kumpul kain batik lepas prepare tutup jenazah, sekarang aku dah start perangai sama macam dia. Pengalaman mandikan jenazah bonda sangat-sangat meninggalkan kesan mendalam jauh di sudut sanubari. Itulah kemuncak kasih sayang seorang anak, tanda pengabdian tulus mesra tanpa syarat. Belaian terakhir yang sentiasa menjemput air mata setiap kali dikenang, termasuklah semasa ayat ini ditaip. 

Aku rindu…


Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan