Posts

Showing posts from 2024

Teruslah Berjuang

Image
Assalamu’alaikum. Semoga kawan-kawan kekal sihat fizikal dan mental hendaknya. Lama tak singgah meninggalkan jejak di sini, bukannya sengaja cuma tak berkesempatan. Walau bagaimanapun, aku doakan agar segala urusan kita semua dipermudahkan Allah swt dan apa jua musibah mahupun dugaan yang menjenguk kita akan diberikan jalan keluar dari pintu yang tak disangka-sangka.   Teruskanlah perjuangan kita mencari redha Ilahi dalam perjalanan menuju Negeri nan Abadi.  Take care. Be safe. Love Wins All! ~ Nai @ Tak Pe Je ~

Kerana Allah Tidak Pernah Tidur

  Assalamu’alaikum. Hidup kita memang tak selalu indah, tapi itulah asam garam sebuah kehidupan. Alam pun begitu juga, kerana dunia ini hanya sementara dan kesempurnaan tiada di sini. Walau bagaimanapun, sebagai khalifah yang menyahut pelawaan Allah setelah sekalian makhluk lain tidak sanggup menggalas tanggungjawab, maka tiada jalan mahupun kaedah untuk kita mengelak, apatah lagi mengelat.. jauh sekali.  Apa pun yang terjadi, kita hanya wajib meyakini bahawa Allah swt Maha Pentadbir dan segala-galanya akan baik-baik belaka. Sementara itu, selagi nafas masih dikandung badan, terus sahaja kita melangkah kerana kita tidak punya kuasa, tidak punya apa-apa jika tidak punya redha Yang Maha Berkuasa.  Ingatlah, Allah tidak pernah tidur. Maka dengan itu, kekal yakin dan percaya bahawa setiap titis air mata sepanjang malam nan sepi akan ada ganjarannya kerana air mata juga adalah suatu bentuk doa. Air mata adalah doa yang kering di pipi, meresap ke hati dan berhimpun di syurga se...

Dari Daun Turun Ke Kaki?

Image
Salam. Punyalah gigih nak siapkan jubah dress sampai sanggup tak tidur semalaman, anak siapalah agaknya ni? Sebenarnya sebab aku start potong kain sarong santri yang aku beli dari Shopee 3 minggu lepas pukul 12 malam, tengok jam dah 4 pagi dan hampir siap tinggal sikit je lagi. Risau terlepas Subuh kalau tidur, aku lajakkan aje sampai azan berkumandang. Minum segelas air suam campur madu dan minyak zaitun, aku tidur sebelum sempat makan roti bakar sampailah azan zuhur pulak kedengaran dari Masjid Muaz.  Sejenis tak menyempat, aku terus pakai jubah dress ni ke Mitsui Outlet Sepang turun sebelum azan Asar dan sampai sana dekat 6.30pm, penuh kereta atas jalan menghala KLIA. Aku dengan bibik je kot tak shopping, kami jamu mata aje la mampu lepas solat Maghrib. Orang lain kiri kanan bimbit hasil tangkapan melontar wang segala bagai. Settle cuci mata beberapa ketika, aku sambung drive pergi ambik pakwe yang dah tunggu di Pintu 8 Balai Ketibaan KLIA. Setakat ni aku dah puas hati berjaya b...

Sarong Santri

Image
Assalamu’alaikum. Salah satu daripada cara aku hilangkan stress adalah dengan menjahit, kalau makin banyak menjahit tu faham-faham je lah tahap mana stress nya. Tinggal lagi, masa tak berapa nak ada sekarang. Petang tadi lepas settle beberapa kerja yang urgent, aku ambik masa bertenang dan potong kain sarong santri yang dah seminggu Shopee delivery hantar ke rumah. Aku pulun jahit sampai siap lebih kurang jam 8.10pm, terus pakai pergi solat isyak kat masjid, ko rasa?  Aku sauk tudung instant arwah bonda, yang aku dah buang awning dan ubah jadi tudung syria. Banyak tudung dia yang aku dah buat macam tu, hampir hari-hari aku pakai kulu kilir. Niatnya nak panjangkan pahala sehingga ke Mekah dan Madinah, mudah-mudahan ada bahagian aku. Ameeen…! Sarong santri ni ada order 3 motif semua sekali, 2 helai setiap motif sebab nak kasi cukup dibuat baju. Setakat ni aku buat kaftan tanpa lengan, selesa nak pakai kat rumah dan juga jubah dress lengan 3 suku macam dalam gambar kat atas. Lepas ni ...

Musim Border Lace

Image
 Salam. Dah memang minat sulam kerawang manik goyang ke apa ke, asalkan sulam… aku join. Kalau dulu gigih la tempah sulam kerawang dari zaman sekolah menengah nak pakai raya, sekarang kita order border lace kat Shopee, cari masa dan jahitlah sendiri sampai jadi. Mostly aku jahit tangan aje, tapi lepas tu tindih dengan mesin nak kasi teguh.  Setakat ni ada banyak lagi stok border lace yang menunggu masa untuk ditampal pada baju-baju pilihan kalbu. Mana yang tak sesuai, aku sanggup gunting hujung kain lace dalam kotak, tertunduk-tunduk ikut lekuk nak kasi elok berbentuk. Nama pun minat, begitulah gayanya.  Ni gambar 10 tahun lepas, batik sutera Kelantan disulam kerawang. Sampai sekarang aku simpan baju ni dan ada masanya aku pakai pergi attend appointment, mana-mana yang suaimanfaat dengan tempat dan majlis. Takut overdress je, bukan apa. Bila trend sulam menyulam kembali hangat di pasaran, kita layankan aje dengan hati yang penuh gumbira!  Tak pe je kan…

Yes I Do

Image
Just in case you missed me, here goes:

At My Lowest

Image
I learned a great deal when I was at my lowest point in life, especially about dependency on others. And at the same time, I also had grasped that despite everything that happened, we still had the opportunity and choice to otherwise forgive those who didn’t stay with us at such crucial times. Why? Because we forgive not for their sake, but for ours. It would be too much of a burden to keep holding grudges and letting go would be doing ourselves a huge favour to move on with life.  Sometimes there is nothing comes in between us and the challenges we’re facing except God Himself, because that’s exactly what the journey is all about. Elevation wouldn’t even take place otherwise, spiritually speaking. Everything else would have to be invisible or even disappear in total except for our absolute submission and reliance upon the Creator of the Universe. Like, when the hopes all gone and we were left with nothing but a tiny little thread called faith, which turned out to be the entire sec...

Maklom Ko Munger

Image
  Assalamu’alaikum. Siapa yang pernah sampai Tokyo dan biasa lepak di Bukit Bintang, akan rasa deja vu. Bagi warga kota Kuala Lumpur mungkin tak tau nak hargai betapa happening nya negara sendiri, tapi percayalah kita tak kalah pun dengan tempat-tempat tumpuan pelancong yang bertaraf antarabangsa. Contoh kalau kita turun KL dari Kuantan, jenguk Pavilion memang tersembur biji matalah jawabnya, especially suasana malam yang disimbahi lampu-lampu berkerlipan.  Anak aku kalau ada bibik ikut kat kawasan Bukit Bintang, serta-merta akan bertukar jadi bodyguard dan sibuk jaga takut bibik dia hilang. Sama macam pergi jalan-jalan tempat luar, memang dia jadi restless dan awasi bibik. Bukan apa, sebab terlampau selalu ghaib entah mana-mana, dah la tak dengar orang call.  Lately aku teringat sangat saat-saat berjalan kat Tokyo. Masuk kali ke-2 sampai Tokyo, akhirnya aku berkesempatan buat salah satu daripada bucket list: sewa kimono dan ambik gambar sampai lebam. Dulu teringin nak bu...

Permata

Image
Assalamu’alaikum. Bukan nak kena jadi selfish prick, tapi kita jangan lupa sayangi diri sendiri walaupun hati terlampau sarat dengan kasih mesra. Kadang-kadang kita sibuk sangat nak jaga orang sekeliling sampai terlupa kebajikan sendiri, sempena tahun 2024 ni marilah kita sama-sama cuba ubah. Takut nanti mereput sorang-sorang bagaikan habis madu sepah dibuang, tak nak la macam tu kan?  Lepas dugaan dikhianati oleh orang yang paling dipercayai ni, aku tersedar dari lamunan dan pelan-pelan belajar banyak perkara dalam menyayangi diri sendiri. Masih tetap boleh menyebarkan kasih dan menabur sayang kepada orang lain, tapi ambil masa dan peluang berbuat baik pada diri sendiri juga. Tak mampu, katakan tidak. Tak sanggup, tolak dengan elok. Mampu dan sanggup, perlu letakkan syarat dan sempadan. Mulakan ikut tangga dan tahap keselesaan.  Buat dari yang paling basic, makan-minum contohnya. S esibuk mana pun, jangan lupa makan. Tak selera macamana pun, jangan sampai perut masuk angin at...

Coretan Awal Mac 2024

Image
Assalamu’alaikum. Pejam celik, celik pejam dah sampai waktu hantar anak balik universiti. Aku takde masalah langsung nak ulang-alik Johor, maklumlah anak kan 10. Cuma datang penyakit jalan tersumbat je terus jadi berdengung kepala. Dari pukul 10.30 pagi dah bersusun kereta, van, lori kontena segala dah bukan macam hari Sabtu, konsisten tersumbat jalan sepanjang-panjang Lebuhraya Utara-Selatan. Kiri kanan dalam Waze maintain warna merah sampai ke sudah, apa cerita entah? Dalam kesibukan dan keserabutan hidup aku ni, syukur alhamdulillah kali ni anak balik rumah aku banyak masa dengan dia. Kadang-kadang saja je aku duk lepak bilik dia walaupun dia layan game, dah beberapa ketika aku turun semula sambung kerja sendiri. Sama-sama keluar cari birthday present untuk daddy dia, orang ingat aku kakak dan dia adik. Muakakakak haruslah aku perasan nak matik!  Besar dah boy, bukannya dia heran daddy komplen rambut dengan janggut berserabai. Aku gelak aje, tau memang fasa budak tengah rasa ter...