Baby Girl Turned 3
Assalamu'alaikum. Anak sedara kesayangan kami, Athiyya Hanaani, dah genap 3 tahun bulan Mac, 8 haribulan yang lepas. Dah besar ni dia jadi malu pulak nak tiup lilin, hairan kami semua. Setakat ni dia la satu-satunya baby girl antara 3 sepupu, sejak Muhammad lahir. Kalau sebelum ni, Ajieq dengan dia je la yang ada, kan. Lepas ni kita tunggu siapa yang akan dapat adik dulu, Athiyya ke Muhammad, sebab Ajieq macam dah takde harapan je, mummy dia pun dah tak simpan niat ke arah itu.
Aku punyalah havoc jadual, sampai tak sempat nak cari hadiah untuk Athiyya awal-awal, padahal mak ayah dia dah bagitau seminggu sebelum kejadian pasal rencana nak sambut birthday dia kat rumah aku. Nasib baiklah ada staff yang baik hati yang boleh aku heret sama dalam arena pencarian hadiah itu sebelah petang, mintak dia bawak kereta dan tunggu kat Great Eastern Mall sementara aku literally berlari menuju ke Toys R Us di Tingkat 3.
Kebetulan masa tu ada harga runtuh untuk ahli-ahli Toys R Us, memang langkah kanan la, alhamdulillah. Aku pilih Princess Elsa bagi dia, cantiknya mak ai... dengan aku-aku sekali pun jatuh cinta tengok. Dah sampai sekarang anak sedara aku tu kena sampuk dengan jenama Frozen pulak sekarang, sejak dapat Princess Elsa. Sebelum ni dia tak heran sangat, duk obsessed dengan Barbie Dolls je. Lupa pulak aku nak buat disclaimer masa bagi hadiah tu, kan dah kena?
Ajieq macam kecik hati sket, sebab dia membesar takde la dapat hadiah daripada banyak pihak macam Athiyya. Pelan-pelan aku pujuk, ingatkan dia yang dulu kan orang-orang sekeliling dia belum ada kerja elok macam sekarang. Lagipun dia kan dah dapat segala macam daripada mummy daddy, orang pun tak tau nak bagi apa kat dia, takut karang tak sesuai pulak. Dia pun dah besar, minat lagi ke mainan-mainan kat Toys R Us selain Nerf? Katanya minat, nak kumpul tali pinggang Kamen Riders pulak. Erk.. alamak ai! Kecik lagi anak mummy ni, takpe la.. kita ikutkan aje. Nanti bila ada waktu dan kesempatan, kita pergi jenguk, itu janji aku pada dia. Dia tau, aku takkan pernah mungkir janji, so dia senyum dan ucap terima kasih. Begitulah kekdahnya, nama pun anak sorang.
Aku ni macam ni la, selalu cuba jaga hati semua pihak selagi terdaya. Mudah-mudahan Ajieq dan sepupu-sepupunya membesar dalam limpahan kasih-sayang dan barakah, Insya Allah. Korang pun sama, semoga segala yang terindah menjadi milik korang nan abadi. Ameen.
~ Nai at Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment