Terbentang Depan Mata, IKEA Malm Dressers

Assalamu'alaikum. Aritu aku ada cerita pasal sakit hati sebab tak jumpa baju kat SINI. Sejak kejadian tu, aku duk fikir cara nak selesaikan dilema yang nampak gayanya takkan pernah ada perubahan. Bibik kalau umur tua daripada majikan memang macam tu, dorang rasa 'superior' sikit dalam 'pengalaman' segala aspek kehidupan, termasuklah cara penyusunan barang. Dipendekkan cerita, aku ketepikan bajet berdikit-dikit dan bila sampai waktunya, aku pergi jenguk Ikea cheras, bawak balik dua kotak MALM Dressers. Buat kali pertamanya, aku pasang sendiri dari awal sampai akhir, kedua-dua almari ni. Bukan apa, takde melibatkan drilling segala, takat guna skru drebar dan tukul, takkan la tak boleh mandiri, kan? 


Aku kemas sendiri baju-baju yang aku selalu suka tapi tak pernahnya nampak masa nak pakai. Dan of kos, setiap ketika aku perlu betulkan balik lepas bibik refill baju-baju yang dah dibasuh. Aku dah redha, bukannya susah pun nak buat menda tu. Dah memang ibarat mencurahkan air ke daun keladi, macam tu la jugak bercakap dengan bibik bab-bab susun atur pakaian. Bila dah ada Malm Dressers dua bijik ni, aku boleh minimumkan sakit jiwa dalam banyak perkara. Yang paling utama, baju-baju tu takkan MIA lagi macam sebelum ni, dan aku pun senang nak rapikan susunannya setiap ketika.


Yang ada cermin tu, laci pertamanya aku letakkan segala mak nenek berkaitan kosmetik dan penjagaan muka, sikat, bedak Carrie Junior, perfumes, deodoren dan kawan-kawan sewaktu dengannya. Aku tak nak letak kat atas meja, walaupun itu dah secara rasminya menjadi vanity area. Laci-laci selebihnya untuk kedua-dua almari tu aku susun pakaian ikut kategori yang tersendiri. Kan senang macam ni, bukak je laci dah nampak semua menda depan mata, takde nak kena main aci-aci bukak pintu nana balik pukul satu bagai. Hidup ni dah cukup sebab nak stress, alangkah bahagianya kalau kita boleh elakkan daripada stressed dek kerana menda-menda kecik. Sebabnya, menda-menda kecik ni kalau dikumpulkan, boleh jadi besar! Bayangkanlah, sehari selembar benang, lama-lama boleh jadi kain. Habis, kalau sehari sejalur sakit jiwa, lama-lama tak ke jadi penyakit jiwa tahap kronik? Tak mau la, kan? 

Lepas ni projek seterusnya adalah menyelenggara tempat study untuk anakanda terkasih, salah satu daripadanya la, kan. Banyak menda lagi tak settle rumah aku ni, pelan-pelan kayuh, walaupun dah setahun lebih kayuh tak bergerak mana, sebenarnya. Itulah dia dugaan hidup, kita sebagai hamba Allah di muka bumi ni haruslah bersabar dan berusaha mencari jalan penyelesaian. Berbaik sangkalah pada Allah dan jangan sesekali berputus asa daripada mengharap rahmat-Nya.

Itu je untuk kali ni, terima kasih sudi singgah. Sampai kita jumpa lagi, Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.







Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan