Jumaat & Luluhawa Badan
Assalamu'alaikum. Aku demam sejak malam tadi, mungkin disebabkan cuaca yang menjemput luluhawa. Panas menyengat seharian, petang menghala ke malam je hujan ribut petir sabung-menyabung. Terjangkit anak saudara yang demam dan batuk pun iya jugak, kira bercampur aduk la lebih kurang. Melepek je tak larat nak ke mana-mana, baring atas tilam panas Bio Ion Contiago nak bagi kebah, siap selimut bagai. Alhamdulillah misi tercapai nak bagi demam kebah, tapi air hidung masih berlari-lari marathon macam Usain Bolt. Sekurang2 nya larat la bangun bersiap ala kadar nak gi jemput anak bertuah kat sekolah. Patutnya dia ada latihan karate sampai jam 4.30pm hari ni, tapi dalam jam 2.45pm, sensei dia bagitau latihan terpaksa ditunda ke minggu depan, sebab keretanya masuk bengkel lagi dan tak sempat siap lepas solat Jumaat. Mak ai, dah satu kerja kena merempit ke Gombak, tak nak bagi anak tunggu lama.
Dah namapun hujan pada hari Jumaat, maka sudah pastilah jalan pun tersumbat macam arteri orang menternak lemak. Entahlah apa masalahnya lately, selalu bercinta nak lepasi Q Touch N Go, bapak ah panjangnya dan bergerak pun macam siput sedut. Kesian anak aku, itu je yang bermain dalam fikiran sepanjang perjalanan. Sebaik saja membolosi Q nan panjang di Plaza Tol Pasar Sentul, aku ambik lane kanan dan tekan minyak sampai naik meter 120 km/jam selagi ada peluang. Tapi apakan daya, berpusu-pusu kenderaan, takkan nak rempuh semua orang pulak, kan? Sampai kat sekolah, anak aku dah berdiri menunggu dengan payung maroon nya, nasib baik la dia memang selalu bawak payung setiap hari.
Hala balik pun satu cerita lagi, tapi Alhamdulillah masih tahap stabil sebab belum sampai waktu perdana. Aku bawak anak singgah di Wangsa Walk, nak beli buku latihan Matematik dan subjek-subjek yang sepatutnya. Kebetulan ada Member's Sale, langkah kanan betul, Alhamdulillah... banyak jugak jimatnya! Jangan terpedaya tengok gambar beg plastik yang nampak nipis hasil tangkapan, itu cuma buku resipi Salad yang aku beli lepas bayar buku-buku anak. Yang berat biasanya dia akan bawak, bagi mummy bawak yang ringan-ringan, maklumlah orang karate kan kuat-kuat, mana lembik macam aku ni. Lagipun dia teruja tu, baru lepas pow mummy twilight mouse, yang aku bagi dengan syarat dia kena belajar sungguh-sungguh. Hurmmm... walaupun dia angguk, aku tau sangat, bukan boleh mandiri pun, nak kena mummy sekali belajar sama-sama. Sampai masanya dia mandiri dan tak perlukan aku, baru tau nikmat yang dirindu itu bagaimana, kan? Jadi sesungguhnya aku bersyukur, masih diperlukan sebegini.
Balik rumah, demam aku teruk semula. Lepas Isyak aku telan sebiji Uphamol dan ubat selesema, ajar anak Sains dan Matematik sambil baring je. Lemau betul rasa badan, baru rindukan nikmat sihat, kan? Mudah-mudahan cepatlah aku sembuh, banyak lagi kerja nak kena buat ni. Lagipun aku banyak sangat pikir agaknya, mungkin jugak ada kaitan. Ikut mana pun, cuti panjang sampai hari Isnin ni haruslah dimanfaatkan segenap inci untuk memulihkan diri sebaik mungkin. Selamat Hari Pekerja kepada semua, cuti elok-elok... jaga diri dan hiasilah peribadi. Terima kasih sudi baca sampai habis, kita jumpa lagi nanti, ya! Assalamu'alaikum.
~ Nai at Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment