Demam Calatalia Cotton, Ah Sudah!

Assalamu'alaikum. Ok, seronok betul pakai baju baru, macam budak-budak la aku ni! Kain Vietnam Cotton yang aku beli dari IG Calatalia aritu dah selamat jadi baju kurung Pahang kain lipat depan, maklum la aku ni old school bab-bab baju tradisional. Lembutnya lahai kain ni, sejuk je pakai, sesejuk mata memandang. Mak aku tak percaya bila aku bagitau kain ni cotton, sebab lembut sangat, biasanya cotton yang kami kenal tak macam ni. Makanya, aku dalam zon bahaya yang amat ketara, erkk... sila kawal diri kamu, perempuan!


SINI aku ada buat WW entry dua pasang kain, yang tanah hitam biru tu pun aku buat fesyen sama jugak, takde beza langsung: baju kurung Pahang kain lipat depan. Sebabnya, senang nak bergerak dan selesa digayakan sepanjang zaman, takkan pernah lekang dek panas, tak luntur dek hujan. Ikutkan hati, aku nak pakai macam ni walaupun masa weekend, jalan-jalan dengan pakwe dan junior. Tinggal lagi, akan ada soalan cepumas daripada dorang, "Ada kenduri ke hari ni?" Hurmmm... nasib ler...



Murah je kain ni, RM55 sepasang, berbaloi-baloi, baq hang...! Ada banyak jenis kain yang dijual kat IG ni, iaitu Vietnam Cotton, Vietnam Satin, Japanese Cotton, Dubai Cotton, Italian Silk Cotton, Korean Cotton, Korean Silk Cotton, English Cotton, Egypt Cotton dan jugak Valentino, yang katanya  bukan cotton tapi lebih kurang sutera satin, lembut dan licin. 

Mengerikan je tengok 10 jenis koleksi kain yang ada, tetiba rasa macam nak mereput kejap masuk dalam gua. Ish...!

~ Nai at Tak Pe Je.


Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan