Labours On Holiday
Assalamu'alaikum. Sedar tak sedar kita dah masuk pertengahan bulan Mei, terasa cepat betul masa berlalu, dah macam terbang dengan kelajuan maksima di angkasa raya. Gambar-gambar kat bawah ni diambil masa cuti Hari Buruh, 1 haribulan Mei yang lepas. Lama aku perap untuk dijadikan entry, adalah lebih baik aku buat sekarang sebelum bulan Mei melabuhkan tirai.
Sejak adik aku pindah dari kawasan Wangsa Maju ke Cyberjaya, kami susah nak jumpa dan lepak-lepak sesedap oren, tak macam dulu. Jadi sesekali bila dia datang ke rumah, kami lebih senang curi masa gossipping kat Starbucks. Walaupun aku dah tak minum kopi, tetap suka lepak kat SB samada masa appointment ataupun saja-saja bersantai. Kawan2 rapat duk pelik kenapa aku boleh berhenti minum kopi sedangkan aku memang dikenali sebagai coffee addict yang tegar. Entahlah korang, aku ni kalau dah buat keputusan memang macam tu, overnight boleh berubah 360 degree. Sebelum aku mula diet lagi aku dah hentikan aktiviti minum kopi, ganti dengan jus ataupun green tea, tengok keadaan. Tapi sejak detox dengan air putih, green tea dan jus pun aku tak berapa minum sangat, hampir tak langsung sebenarnya. Ke mana-mana saja aku pergi, tetap akan kubawa botol air masak pujaan kalbuku itu.
Hari tu Ida duk sibuk ambik gambar aku.. masa tengah pilih supplement kat Watson, duduk kat bangku macam Nottinghill, berdiri kat penjuru, eh macam-macamlah lagi. Katanya, suka tengok dressing aku, matching je baju dengan skirt dan kasut. Apa2 je la sissy... as long as you're happy! Ida sekarang busy gila, tak cukup dengan kerja dia yang overloaded kat Universiti, dia pergi ambik Masters pulak sebelah malam. Aduhai, rajinnya la depa ni! Ye la, nama pun masuk arena akademik, memang la kena upgrade kelayakan, kalau tak susah nak dapat peluang yang lebih baik, gaji yang lebih tinggi. Aku lain la, takde keperluan ke arah itu. Lebih baik upgrade litigation skills dan yang sewaktu dengannya, selain upgrade kesabaran dan ketabahan, keluhuran, kesopanan dan kesusilaan. Heheh. Padahal sibuk duk belajar semula subjek sekolah menengah demi tugas mulia sebagai tutor kepada Junior!
Khabarnya ada sorang kawan dia nak datang belajar Matematik dengan aku lepas mid term exam. Eh? Pelik je aku dengar, biar betik nak suruh aku jadi cikgu tuisyen? Mak aku sibuk nak suruh charge, aku confirm pun belum. Dah betul2 jadi baru aku fikir kekdah yang sesuai, nak charge ke nak free. Takut aku tak tahan je dengan anak orang lain, cari naya pulak. Tinggal lagi, kita tengok dulu apa akan jadi, baru kita tetapkan hala tuju mana yang patut. Let me cross the bridge when it comes. Meanwhile, thanks for reading! Sampai kita jumpa lagi, jaga diri dan hiasilah peribadi. Selamat menghabiskan hujung minggu, ya korang semua! Assalamu'alaikum.
~ Nai at Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment