Whitey White, Mighty Might.
Assalamu'alaikum. Minggu ni 3 hari straight kat Shah Alam, memerah otak dan menyabung emosi untuk orang. Badan rasa lemau sampai panggil orang datang servis, urut buang angin. Keras kejung urat tengkuk dan bahu, jenuh nak melendukkannya. Nasib baik la kakak tu dah bertahun2 dengan aku, takde la segan sangat bagitau itu ini begitu begini. Itupun kali ni aku terpaksa berterus-terang je dengan dia kalau tak kena urat yang betul, buat rugi je bayar nanti takde perubahan apa. Dia kata dah lama aku tak macam ni, urat dawai segala. Heheh memang pun, takde rehat langsung, menunduk je buat kerja, termasuklah berjaga malam belajar semula Matematik demi tugas sebagai seorang guru kepada anak bertuah. Ini ha terus update blog lepas kakak tu balik. Macam ni cara aku rehat sebenarnya, buat apa yang aku rasa happy. Nanti lepas solat Jumaat dah start kerja semula, kena jumpa orang kat Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.
Jadi minggu ni aku takde pakai warna-warni macam selalu, duk kulu kilir dengan tudung polos berwarna putih dan baju bernada hitam putih. Itupun ada cheat jugak, tukar inner tudung warna hijau lembut dan biru. Biar nampak lively sket, kata orang. Yang petang ni aku tak nak pakai hitam putih dah, sarungkan blazer je nanti nak bagi semenggah depan pendaftar kat kaunter jadilah, kan?
Aku dah banyak turun kilogram, dalam masa sebulan lebih diet cara 'Eat Clean' dan air 3L sehari. Ada sorang senior tu tegur, demam ke sakit ke macamana, kenapa kurus sangat? Aku kata diet, tak sakit pun. Eh, sayangnya... kenapa biar kurus macam ni? Aku tergelak je ler, tak tau nak cakap apa, ada ke sayang? Aku tak sayang la lemak-lemak tu, beriya ikhtiar kasi pecah. Dulu masa tak tau cara yang betul, aku ingatkan carbo diet tu tak makan nasi, sampai letih gila tak cukup nutrien dalam badan. Sejak tau cara 'Eat Clean' dan detox dengan air putih, aku dah tak pandang ke belakang, ke depan terus jalan. Belum pun sampai 2 bulan praktikkan cara ni, bersepai-sepai lemak dalam badan terbang ke ruang angkasa gaban. Memang takde exercise apa2, 100% jaga pemakanan dan 100% mind set, setakat ni disiplin tu makin menampakkan hasil.
Aku takde la strict sangat sampai tak sentuh selain makanan steam dan grill, tetap makan kari kepala ikan, kari daging kambing dan asam pedas bagai. Tinggal lagi, aku makan menda2 tu dalam kuantiti yang terkawal, disandingkan dengan sesenduk nasi dan sayur, selalunya salad mentah ataupun salad yang ada dressing alami. Malam pun aku makan nasi jugak kebiasaannya, ikut sifir:
- sesenduk nasi
- setelapak tangan protein
- separuh pinggan sayur
Kita dah nak puasa tak lama lagi, aku belum paham sukatan air yang diperlukan untuk orang berpuasa. Kalau misalannya tetap kena ikut skala 1L untuk setiap 25kg, memang kena buat breakdown yang bijak la nanti.
Apa2 pun, selamat berhujung minggu buat korang semua dan terima kasih sudi baca blog ni. Appreciate it so much. Sampai jumpa lagi, Assalamu'alaikum.
~ Nai at Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment