Posts

Showing posts from February, 2020

Sehijau Perlembagaan

Image
Assalamu'alaikum. Aku penat nak layan orang tak paham Perlembagaan, jadi nak update blog pasal menda yang ringan, walaupun akal fikiran dan emosi jauh daripada ringan dengan krisis politik negara kita. Marilah kita cerita pasal baju kain saree dan perubahan dari satu keadaan kepada satu keadaan yang berbeza. Dulu tailor dah memandai2 buat keputusan sendiri tanpa mendapat pengesahan mahupun persetujuan tuan punya badan, dijahitnya baju kurung Pahang aku ikut citarasa sendiri. Padahal aku dah terang2 bagitau apa yang aku hendak dari awal, memang menangis kat bucu katil bila dapat baju masa tu, kecewa toksah cakap la, tapi apakan daya nasi dah jadi bubur!   Pakai jugak la buat raya tahun tu dengan rasa kematu di hati. Sekali bila ntah tengok Wan Sharmila pakai kebaya style kutu baru (namanya memang gitu, fyi) tapi dibikin labuh, lebih kurang kacukan cardigan dan kebaya. Aku mintak tailor kat Keramat buat, katanya susah. Mintak staff buatkan, dia tak sempat nak kejar dek keran...

WW ~ Bloodline

Image
~ Nai @ Tak Pe Je.

Palazzo Sampai Malam

Image
Assalamu'alaikum. Lama pulak aku tak update blog ni, sorry korang! Tak sempat nak kejar, bukan apa. Ni duk lepak sementara masuk waktu Maghrib, marilah kita berceloteh kejap. Bagi yang tau, aku kan suka buat palazzo guna macam-macam jenis kain. Cuma kalau guna kain pelikat ataupun kain batik, aku siap boleh pakai sehari semalam... pergi keja, jalan-jalan sampailah tidur malam. Selesa tahap dewa, punya! Lagi pulak potongannya memang sengaja dibuat gobos. Tak kena caranya, boleh nampak lebih berisi daripada biasa, tapi malas nak fikir banyak, asalkan selesa dipakai sudah! Kain pelikat petak-petak ni arwah ayah punya, memang banyak aku duk simpan dalam almari buat pakai dengan telekung solat, especially yang aku hadiahkan sepanjang ayah hidup. Tapi takde la aku sebat semua, ada je yang anak-anak lelaki dia pakai, tak kurang jugak bagi kat orang.. biar pahala berpanjangan. Saja aku potong style tu, boleh pakai tukar2 depan dan belakang, ikut mood dan keadaan. Ada sehelai warna...

WW ~ Hutang Budi Dibawa Mati

Image

Baju Seluar

Image
Assalamu'alaikum. Kalau riki-riki baju nak pergi Mekah, mesti ada jumpa busana Muslimah yang orang panggil "baju seluar". Sebenarnya fesyen ni lebih kepada punjabi suit, tak pun salwaar kameez cuma kaki seluarnya kecik menghala ke hujung kalau untuk dipakai oleh kaum wanita. Salwaar (seluar) kameez (tunik/baju labuh) yang dipakai oleh kaum lelaki barulah seluarnya lebar di hujung kaki. Bila dah dimodenisasikan oleh orang-orang Malaysia dan Indonesia, dah jadi baggy pulak seluar untuk busana Muslimah sekarang. Kira kombinasi tunik dengan palazzo la lebih kurang. Dulu nak beli ready made bapak mahalnya baju seluar ni, makan ratus kalau yang elok. Yang tak elok pun takde bawah RM100 sepanjang pengetahuan aku. Dulu la, sekarang aku tak tau. Kot la ada yang jual murah kat mana-mana, bagitau aku ya.. Aku buat sendiri je sejak menceburi bidang jahit menjahit ni, bagi aku takde la pakaian yang paling mudah nak dibuat melainkan seluar gobos. Aku selamba je guna pinggang g...

Tona dan Warna

Image
Assalamu'alaikum. Warna memang memainkan peranan yang penting dalam menguruskan mood kita sehari-hari, itu adalah fakta kebanyakan orang sedia maklum. (Tiber je intro macam nak buat assignment pulok!) Tengok la alam ciptaan Allah ni, terbentang indah dengan pelbagai jenis warna, mana ada senada je semua benda. Seluruh cakerawala, gunung-ganang yang menjadi pasak bumi, langit yang menaungi angkasa raya, lautan dan daratan semuanya berbeza warna dan tona. Supaya setiapkali merenung dan membuang pandang, hati menjadi damai dan tenteram. Makanya, tak heran la kita manusia ni antara sedar mahupun tidak, sangat terkesan dengan warna, terutamanya pakaian yang dikenakan ke tempat kerja. Mendung di hati jangan dibawa sehingga mendung warna pakaian, nanti menambah kekusutan emosi. Lebih baik kita memilih untuk bijak mengawal keadaan dan menguruskan perasaan.  Monday Blues contohnya, jangan duk balun pakai warna-warna sendu pulak, kata nak uruskan angin dengan baik. Pilihlah kombinasi...

WW ~ Maroon Leo

Image
#teammaroon ~ Nai @ Tak Pe Je.

Yakin Halal, Halal Yakiniku

Image
Assalamu'alaikum. Nak jadikan cerita, masa hujung-hujung tahun baru ni, cik abang bawak pergi makan wagyu BBQ di Sungai Buluh. Turun je kereta, nampak signboard restoran dan dengan bangganya aku kata, "Bahasa Melayu ke guna? Bagusnya!" Anak aku cepat-cepat bagitau, "Bahasa Jepun tu, mi.." Tergelak lepas bebas aku, bukan main ingatkan Halal, Yakini (lah aku)... sekali Yakiniku itu Halal, hokeh?!  Aku tak berapa centre masa pergi dinner tu sebenarnya, kepala hanyut sikit, badan pun lemau semacam tapi dah nak meraikan saat-saat kualiti bertiga, takde la nak tunjuk monyok segala. Kekdahnya bila tengok daging mentah depan muka, tekak mula rasa kembang, pipi rasa makin pau, jantung berdegup kencang, peluh jantan betina transgender segala panas sejuk berluluhawa seluruh badan. Boleh aku terlupa nak praktikkan pernafasan terpilih macam aku buat setiapkali masuk pasar basah, iaitu melalui mulut bukannya hidung. Aku tak boleh bau daging mentah, weh! Separuh dekad...

Lagi Tentang Overall Jeans

Image
Assalamu'alaikum. Ok ni satu lagi cara nak pakai overall jeans kalau nak tutup bumper, selain cardigan labuh ala kebarung busana istana zaman silam. Pakai kemeja dalam overall macam orang biasa buat tu, kemudian sarungkan vest ataupun cardigan tanpa lengan di luar. Maka dapat la menipu daya sikit sebanyak, kalau ada curfew ataupun garis panduan yang perlu diambil kira. Cuma tricky jugak la kalau jenis yang kejap-kejap nak masuk tandas, jadi renyah banyak proses perlu dilalui. Lagi-lagi kalau yang minum air 3L sehari macam aku ni, tak praktikal pakai overall jeans, kecuali ada zip khusus macam seluar biasa. Bibik cadangkan suruh modify sikit buat butang, malas aku nak perah otak, dikhuatiri aku naik angin dan lempar luar tingkap karang overall tu, siapa yang tanggung ganti rugi? Jadi, biarkan aje dalam bentuk asal, tak payah susah-susahkan diri segala bagai. Ada jugak pesen lama yang ada butang sisi di bahagian pinggang/pinggul, kalau gitu mungkin lebih praktikal untuk oran...