Sehijau Perlembagaan
Assalamu'alaikum. Aku penat nak layan orang tak paham Perlembagaan, jadi nak update blog pasal menda yang ringan, walaupun akal fikiran dan emosi jauh daripada ringan dengan krisis politik negara kita. Marilah kita cerita pasal baju kain saree dan perubahan dari satu keadaan kepada satu keadaan yang berbeza. Dulu tailor dah memandai2 buat keputusan sendiri tanpa mendapat pengesahan mahupun persetujuan tuan punya badan, dijahitnya baju kurung Pahang aku ikut citarasa sendiri. Padahal aku dah terang2 bagitau apa yang aku hendak dari awal, memang menangis kat bucu katil bila dapat baju masa tu, kecewa toksah cakap la, tapi apakan daya nasi dah jadi bubur!
Pakai jugak la buat raya tahun tu dengan rasa kematu di hati. Sekali bila ntah tengok Wan Sharmila pakai kebaya style kutu baru (namanya memang gitu, fyi) tapi dibikin labuh, lebih kurang kacukan cardigan dan kebaya. Aku mintak tailor kat Keramat buat, katanya susah. Mintak staff buatkan, dia tak sempat nak kejar dek kerana macam2 kejadian yang terjadi dalam kehidupan. Sampailah aku sendiri yang kerjakannya, cuma belah tengah buat kebaya biasa. Potongannya aku kekalkan sebagai pesak Pahang, tapi bila dibelah tengah maka terhasillah kebaya Pahang. Dari mula2 aku mofidy baju ni memang dah niat nak pakai untuk satu majlis istimewa di Kuala Terengganu. Alhamdulillah niat sudah menjadi nyata, terasa misi sudahpun terlaksana dengan jayanya.
Warna hijau macam ni memang sangat dekat di hatiku, nak cari bukan senang. Bila dah kena dengan selera, barulah seronok nak gayakannya ke mana-mana yang sesuai. Takat nak bawak pergi kerja memang la overdressed tapi takde hal pun, berdosa jauh sekali. Kalau nak kira, boleh je bikin style yang sama dengan Wan Sharmila, cari kain matching je letak kat tengah bahagian dada, bukannya susah sangat. Tinggal lagi lepas ke saringan lembaga penapis fesyen patuh syariah kat rumah aku tu? Haaa... itulah isunya. Maka dengan itu, aku ambik jalan selamat yang tak perlu bimbang langsung akan kesan dan akibatnya.
Elok je bersatu dengan alam semulajadi, kulihat hijau!
(pesanan penaja: ambik tau pasal Perlembagaan, kasi paham dan hadam, barulah tak canggung bila berkata-kata...)
~ Nai @ Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment