Yakin Halal, Halal Yakiniku

Assalamu'alaikum. Nak jadikan cerita, masa hujung-hujung tahun baru ni, cik abang bawak pergi makan wagyu BBQ di Sungai Buluh. Turun je kereta, nampak signboard restoran dan dengan bangganya aku kata, "Bahasa Melayu ke guna? Bagusnya!" Anak aku cepat-cepat bagitau, "Bahasa Jepun tu, mi.." Tergelak lepas bebas aku, bukan main ingatkan Halal, Yakini (lah aku)... sekali Yakiniku itu Halal, hokeh?! 


Aku tak berapa centre masa pergi dinner tu sebenarnya, kepala hanyut sikit, badan pun lemau semacam tapi dah nak meraikan saat-saat kualiti bertiga, takde la nak tunjuk monyok segala. Kekdahnya bila tengok daging mentah depan muka, tekak mula rasa kembang, pipi rasa makin pau, jantung berdegup kencang, peluh jantan betina transgender segala panas sejuk berluluhawa seluruh badan. Boleh aku terlupa nak praktikkan pernafasan terpilih macam aku buat setiapkali masuk pasar basah, iaitu melalui mulut bukannya hidung. Aku tak boleh bau daging mentah, weh! Separuh dekad pertama nikah, aku tak masuk pasar, laki yang ke depan, aku duduk dalam kereta. Kalau nak beli lauk, aku pergi shopping mall ataupun pasar tani yang tempatnya lapang terbuka.  


Wagyu kat restoran ni ada kelas-kelas tersendiri, tengok pada harganya. Aku takde masalah makan wagyu yang dah siap dimasak selama ni kalau pergi Rakuzen sana, tapi tak pernah la dipanggang depan mata. Nak kasi makan medium rare, muntah hijau aku, tak boleh telan! So, cik abang buatkan well done untuk aku, itu pun jenuh kena cicah dengan segala macam kicap dan sos kat sebelah pinggan. Merah bersaga mata aku, tahan nak muntah. 


Anak bertuah ni ikut daddy dia, duk komen la 'juicy gila rasa wagyu ni, mummy!" Juicy amenda ntah, "more like dead fish to me, anak!" Balasku sambil berkerut seribu.


Dah macam karakter anime aku tengok budak ni, ya Allah teramat sangat minat anime sampai segala menda dari Jepun dia suka! Ramen, udon, wagyu, sushi, sashimi, segala la pendek katanya dia puja. Baju pun beli kat konvensyen anime KLCC tahun lepas, mahal tak padan dengan benda. 


Mummy dulu mengandungkan dia gila cerita Naruto, masa sekolah rendah layan cerita Oshin, Rin Hane Koma, Mario Attack, Chiaki.... dapat kat dia, lagi dahsyat jadinya! 


Kalau korang macam anak bujangku ini, maka confirm akan enjoy lepak makan kat Halal Yakiniku, tanpa was-was lagi! Tapi kalau korang ada masalah macam aku, sila bersedia untuk bernafas melalui mulut sebelum semua daging merah tu bertukar warna. Kicap dan sos yang disediakan insya Allah dapat membantu, jangan bimbang. Aku nak ulang ke sana memang tidak la, kan? Lepas makan kat situ, aku dah tak berapa boleh telan daging.. terus tukar kepada ikan dan makanan-makanan laut yang lain. Lama jugak kesannya kepada sistem memori silam seorang aku, ada je rasa yang trigger semacam mentah atau yang sewaktu dengannya, kejap-kejap itu ada angin menolak dari perut naik ke atas, kembang tekak dan berair mata takkan boleh teruskan menyuap. Sebegitu parah, hokeh?

Sorry ya kalau ada yang tak setuju dengan review ni, tapi aku cuma cerita apa yang terjadi ikut versi dan resipi aku, nama pun blog aku. 😜 hehhe. Nak tau apa cerita versi dan resipi korang, silalah pergi jenguk dan try 1 round dulu, baru betul...

~ Nai @ Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan