Palazzo Sampai Malam

Assalamu'alaikum. Lama pulak aku tak update blog ni, sorry korang! Tak sempat nak kejar, bukan apa. Ni duk lepak sementara masuk waktu Maghrib, marilah kita berceloteh kejap. Bagi yang tau, aku kan suka buat palazzo guna macam-macam jenis kain. Cuma kalau guna kain pelikat ataupun kain batik, aku siap boleh pakai sehari semalam... pergi keja, jalan-jalan sampailah tidur malam. Selesa tahap dewa, punya! Lagi pulak potongannya memang sengaja dibuat gobos. Tak kena caranya, boleh nampak lebih berisi daripada biasa, tapi malas nak fikir banyak, asalkan selesa dipakai sudah!


Kain pelikat petak-petak ni arwah ayah punya, memang banyak aku duk simpan dalam almari buat pakai dengan telekung solat, especially yang aku hadiahkan sepanjang ayah hidup. Tapi takde la aku sebat semua, ada je yang anak-anak lelaki dia pakai, tak kurang jugak bagi kat orang.. biar pahala berpanjangan. Saja aku potong style tu, boleh pakai tukar2 depan dan belakang, ikut mood dan keadaan. Ada sehelai warna biru petak-petak jugak design, tengah berkira-kira dan menimbang-nimbang samada nak buat palazzo ke tidak. 


Yang kuning hitam ni aku buat lebih baggy, dah nampak macam kain kembang sesekali pandang. Bila berjalan baru nampak palazzo, tapi aku takde hal, suka je. Kalau nak ikutkan memang la orang tak pakai buat basahan kain batik Solo, tapi buat apa nak biarkannya memanaskan bangku simpanan kalau boleh masuk kesebelasan utama? Tak baik tau, kesian dia.




Yang ni asalnya kain pinjung depan, jodoh dengan kebaya. Nak selalu pakai punya pasal, aku tetas semua sekali, upcycle jadi palazzo, potongannya tak baggy mana. Casual aku pakai, layer dengan inner labuh warna putih dan lapik dengan tshirt ala cardigan warna hijau. Senang nak melangkah dan takde panas langsung ke hulu hilir seharian suntuk. Lepas ni bibik suruh buat seluar tidur untuk anak-anak sedara pulak, dia dah siap selongkar beg kain perca dalam bilik aku. Aku menyampah jugak sebab dah berapa kali mintak seluar contoh, tak bagi-bagi lagi. Malas la nak mintak banyak kali, suka ati dia ler! 

Nanti nak balik KT sempena adik bongsu nak bertunang, boleh la berpalazzo sampai lebam, apa ada hal? 

~ Nai @ Tak Pe Je.


Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan