Posts

Showing posts from August, 2020

Keramat Kasih Kuih Tradisional

Image
Assalamu'alaikum. Ada satu gerai kat Keramat AU3 ni sepanjang tahun jual kuih-muih tradisional yang mungkin tempat lain susah nak dapat, kecuali pada bulan Ramadan. Aku tak pernah tau apa nama gerainya sampailah kejap tadi tanya Uncle Goo, dapat kat SINI . Lepas ambik anak balik sekolah, memang selalu singgah sini dulu sebelum balik rumah. Anak suka karipap kat sini, aku suka kuih koci dan kuih keria. Kalau bulan Ramadan, ada jual koleh kacang kegemaran bonda. Tak pernah ambik gambar kuih-muih kat situ, tapi kalau nak tengok gambar, boleh je klik link yang aku letak kat atas tadi.. banyak dia letak.  Aku tumpang seronok bila ada pengusaha bisnes skala sebegitu kekal dalam momentum yang tersendiri, meniti dari bibir ke bibir dan punyai pelanggan tetap bertahun-tahun lamanya. Kita pakat sokong sama-sama, ya... ~ Nai at Tak Pe Je.

Ninja Kirim Salam

Image
Assalamu'alaikum. Ibu akan fikir anak walau dalam keadaan macamana sekali pun, betul tak? Sama la dengan aku, walaupun birthday sendiri aku tetap fikir tentang anak, jadi masa pakwe tanya nak makan apa, aku pilih makanan Jepun. Dibawanya kami ke Restoran Shin Nihon (Sri Hartamas), menjemput keterujaan anak teruna tahap ruang angkasa Gaban. Banyak celoteh dan komentarnya, seronok kami tengok.. takde la tunduk melayan henfon sepanjang makan. Sebenarnya itulah salah satu sebab utama aku pilih tema Jepun, darah ninja dalam badan anakanda entah dari mana sesatnya. (Walaupun pada hakikatnya aku sejak sekolah rendah suka mengadap TV tengok kartun Jepun ( Mospeada ) dan drama bersiri Jepun, (Oshin, Rin Hanekoma, dan lain2). Masa tengah dalam pantang lahirkan boy dulu hari-hari tengok Naruto, maka tak hairan la kalau dia dah macam tersampuk hantu Jepun.  Yakiniku kat Restoran Shin Nihon berganda-ganda jauh lebih sedap berbanding Wagyu Kokoro, pada pendapat aku la. Cuma tetap kena bakar dagi...

Ogos Datang Lagi

Image
Assalamu'alaikum. Aku berbintang Leo dan Ogos adalah bulan ulang tahun kelahiranku, jadi sejak dulu kala Ogos memang meriah lebih daripada bulan-bulan biasa. Ada waktunya sampai 3, 4 kali dapat kek harijadi, walaupun yang banyak makan kek bukannya aku pun. Tapi tahun ni lain sikit, masa birthday dinner bertiga, dapat ABC yang ada lilin dan diiringi lagu birthday dalam Bahasa Jepun. Seminggu lepas tu aku pergi redeem kek di Starbucks, makan sorang-sorang kat Aeon AU2 sambil minum cafe latte extra shot. Dah la silap tulis nama! Mak sibuk nak beli kek dan buat makan-makan ajak adik-adik, tapi aku kata tak payah susah-susah, rasa takde mood nak sambut harijadi banyak-banyak kali. Kalau aku kata tak nak, mak lebih kenal anak sulung dia, maka takde dakwa-dakwi lagi. Jumaat lepas kami bertiga keluar dinner di Pavilion, lama tak jenguk Michael Angelo kata pakwe. Anak teruna paling banyak makan, steak gedabak pun dia boleh habiskan kejap aje. Sedap steak dorang, boy kasi mummy daddy rasa se...

Pesanan Penaja: Kopilihaku

Image
Assalamu'alaikum. Tak sempat nak berceloteh panjang, curi2 update blog kejap sebelum cuba pejamkan mata. Sekarang ni malas nak upload gambar dalam blog, selfie pun tak selalu ambik. Faktor usia agaknya, sampai kawan2 pm tepi tanya apa khabar sekarang, semua ok ke? Risau sebab takde gambar baru dalam IG ataupun FB, tak macam dulu. Ye lah, bila hari-hari selfie karang depa ingat aku jual tudung bagai, tapi bila aku duduk diam2 sibuk nak suruh ambik selfie pulak. Heheh, sabo je ler!  Gambar ni pun aku ambik awal minggu, masa ada kerja kat Mahkamah Syariah KL, bosan menunggu giliran kes lambat dipanggil. Bagus jugak, sempat la aku pelan-pelan habiskan kopi dalam termos. Kalau tak, jenuh jugak tersengguk-senguk menahan kantuk. Siap bawak bekal kopi, ko rasa? Bukan apa, nak minum kat rumah tak sempat habis, nama pun kopi panas, cari maut nak teguk sekaligus. Lagipun kopi tak sedap kalau dibiarkan sejuk, mesti ada rasa suam-suam kuku paling koman pun. Musim PKP ni lagi praktikal buat gitu...

Apa Khabar?

Image
Assalamu'alaikum. Aku masa sekolah rendah dulu, memang suka tengok TV. Naik sekolah menengah, masuk asrama segala bagai makin lama makin kurang tengok TV. Bila masuk matrik kat KL lepas SPM, lagilah tak tengok TV dan awal-awal kehidupan kat KL aku belum reti masuk panggung wayang, jadi takde pengalaman tengok wayang. Kat Terengganu masa dulu-dulu, panggung wayang tak semua orang perempuan jejak. Bukan tempat yang diterima akal, adat dan budaya masa tu. Orang lelaki yang pergi pun takkan hormat perempuan yang jenguk panggung wayang, kalau pergi jugak maknanya sengaja menempah 'maut' dan rela diperlakukan sewenang-wenangnya. Kira macam scene dalam panggung cerita Perempuan, Isteri & ... (Jalang). Macam tu la buruknya persepsi wayang sepanjang keremajaanku.  Seiring dengan waktu, orang kita rata-ratanya tak lagi masuk panggung nak buat wayang, tapi memang nak tengok wayang, paham kan? Lagi satu, kalau orang perempuan masuk sorang-sorang dalam panggung pun takde orang nak h...

I Missed You

Image
 I missed you a little too much today, so I'm writing in between day dreams and contemplating with my eyes opened to reality. Not that I know for sure if you would find me here though, but still here I am, won't go anywhere. I have always been and will always be right here, in case you wonder. I won't ask questions, been there done that more than 2 decades now. Guess I have passed the stage of asking, so fret not dear love, go on and hide. If that helps, that is. I'm still a coffee lover, freshly ground from beans. I know how you love yours, the same way you have since the day we first met. Mine has gone bitter, sometimes milder without even milk inside. And oh, I swear I could almost see you there peeking through the window. I wish you could have just knocked on the door, not that it's ever closed anyways. In the end, what is meant to be ours would stay and what doesn't is never ours to begin with.  Then again, the memory remains... ~ Nai @ Tak Pe Je.

WW ~ Dinner With Love

Image
  Nai @ Tak Pe Je.

Ke Ceruk Dapur Juga...

Image
Assalamu'alaikum. Masa muda-muda dulu aku menyampah betul bila orang cakap pasal "akhirnya perempuan akan ke ceruk dapur juga", tak kisahlah belajar setinggi mana pun, pandai setara mana pun. Tapi bila dah tua ni, aku jadi lebih objektif, kurang cepat melenting dan jauh lebih matang. Sebenarnya memang la pepatah Melayu tu berat sebelah sebab sebut pasal perempuan semata-mata, kenapa takde pendekatan yang sama kepada kaum lelaki? Tapi boleh je kita heret sekali kedua-dua jantina ke dalam peraturan yang sama, lebih-lebih lagi sekarang hidup kita perlu mandiri, kalau tak memang mati kelaparan la terperap kat rumah masa PKP. Banyak ke duit nak order food panda, dahmakan, bungkusit ataupun grab food hari-hari? Haaa... at least kena jugak masuk dapur goreng telur mata, masak nasi segala bagai! Macam hari ni, tetiba aku terasa nak makan kuey teow goreng yang aku masak sendiri. Aku susah nak berkenan kuey teow ni, jadi untuk memudahkan semua pihak, baik masak sendiri. Balik ambik...

Arissto, Luna & In Love

Image
Assalamu’alaikum. Arissto ada di mana-mana sekarang, maklum la pakej sewa bulanan RM1 dengan syarat beli coffee pods minimum 10 biji. Aku kurang sesuai sikit dengan Arissto, ada hambar di hujung rasa. Mungkin tak cukup piaiwaian dan syarat minimum tekak espresso? Ataupun mungkin sekadar acah-acah bagus? Apa pun jua, aku lebih memilih untuk mengikut citarasa dan selera sendiri, janji bahagia dan tak susahkan orang sekeliling.  Memandangkan selalu sangat teman sorang mamat ni minum Arissto, aku pelan-pelan belajar mencuba. Setiapkali buatkan kopi perisa 'Amico' untuk dia, aku akan cari akal nak kasi campuran kopi tu mencapai darjat kepekatan yang sesuai dengan tekak. Try and error dari satu perisa kepada perisa yang lain, akhirnya aku puas hati dengan gabungan "Luna" dan "In Love" yang bagi aku tersangatlah ohsem rasanya!  Lepas ni bolehlah try gabungkan perisa-perisa lain pulak, banyak lagi dalam senarai. Ada "Lonely", "Passion" dan "...