Ninja Kirim Salam



Assalamu'alaikum. Ibu akan fikir anak walau dalam keadaan macamana sekali pun, betul tak? Sama la dengan aku, walaupun birthday sendiri aku tetap fikir tentang anak, jadi masa pakwe tanya nak makan apa, aku pilih makanan Jepun. Dibawanya kami ke Restoran Shin Nihon (Sri Hartamas), menjemput keterujaan anak teruna tahap ruang angkasa Gaban. Banyak celoteh dan komentarnya, seronok kami tengok.. takde la tunduk melayan henfon sepanjang makan. Sebenarnya itulah salah satu sebab utama aku pilih tema Jepun, darah ninja dalam badan anakanda entah dari mana sesatnya. (Walaupun pada hakikatnya aku sejak sekolah rendah suka mengadap TV tengok kartun Jepun (Mospeada) dan drama bersiri Jepun, (Oshin, Rin Hanekoma, dan lain2). Masa tengah dalam pantang lahirkan boy dulu hari-hari tengok Naruto, maka tak hairan la kalau dia dah macam tersampuk hantu Jepun. 


Yakiniku kat Restoran Shin Nihon berganda-ganda jauh lebih sedap berbanding Wagyu Kokoro, pada pendapat aku la. Cuma tetap kena bakar daging-daging mentah tu cukup masak, baru tekak aku boleh telan. Salah satu daripada signature dish dorang adalah lidah, bagi aku lagi best lidah goreng kat sempadan Thailand sana. Boy tak suka sangat, liat katanya, maka tinggallah daddy dia sorang yang puji melangit. Apa nak buat, selera manusia kan berbeza?


Suasana makan kat sini bagi aku sangat seronok, penuh dengan privacy. Kalau korang kena menyorok daripada pandangan orang awam ke, dating dengan kekasih gelap ke, bagus bebenor sebab dah macam bilik dalam tren malam. Haaa... dramatik tak imaginasi aku? Lagi satu, walaupun bilik empat segi tu tersangat sempit dan terhad, penarik asap teknologi Jepun sangatlah daebak lagi ohsem sampai langsung takde bau ataupun pedihkan mata masa duk gigih panggang wagyu. Sungguh mengagumkan! 



Bila entah nak pegi lagi sini, boleh repeat, seriously sedap! 



~ Nai @ Tak Pe Je.




 

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan