Ogos Datang Lagi



Assalamu'alaikum. Aku berbintang Leo dan Ogos adalah bulan ulang tahun kelahiranku, jadi sejak dulu kala Ogos memang meriah lebih daripada bulan-bulan biasa. Ada waktunya sampai 3, 4 kali dapat kek harijadi, walaupun yang banyak makan kek bukannya aku pun. Tapi tahun ni lain sikit, masa birthday dinner bertiga, dapat ABC yang ada lilin dan diiringi lagu birthday dalam Bahasa Jepun. Seminggu lepas tu aku pergi redeem kek di Starbucks, makan sorang-sorang kat Aeon AU2 sambil minum cafe latte extra shot. Dah la silap tulis nama! Mak sibuk nak beli kek dan buat makan-makan ajak adik-adik, tapi aku kata tak payah susah-susah, rasa takde mood nak sambut harijadi banyak-banyak kali. Kalau aku kata tak nak, mak lebih kenal anak sulung dia, maka takde dakwa-dakwi lagi.


Jumaat lepas kami bertiga keluar dinner di Pavilion, lama tak jenguk Michael Angelo kata pakwe. Anak teruna paling banyak makan, steak gedabak pun dia boleh habiskan kejap aje. Sedap steak dorang, boy kasi mummy daddy rasa sepotong dua, nasib baik dia pesan medium well dan bukannya medium rare. Kalau tak, kembang tekak aku nak telan. Masa bil datang, kuncup jantung aku mengerling pakwe, adoi... mata aku terpaku bila dia swipe kad kredit dengan penuh macho. Semoga Allah lipatgandakan rezekinya. Ameeen...!  Dulu-dulu semua tu mungkin perkara biasa, tapi bila keadaan ekonomi semakin gawat, aku tak sanggup nak letakkan dia dalam keadaan macam tu. Tapi takpe la, bukan selalu.. jadi, aku diamkan aje. 


Aku selalu suka tengok tema hiasan Pavilion, sangat kreatif dan mesra instagram. Memang rugi kalau tak ambik gambar buat kenangan. Kalau dulu penuh padat dengan pelancong negara Timur Tengah dan Mat Salleh, sekarang keadaan ketara lengang walaupun masih menjadi pusat tumpuan. Nak bergambar pun tak perlu tunggu giliran bagai, cuma takde la sampai betul-betul lengang pemandangan sekeliling. Disebabkan ada aura bunga sakura putih, aku bermurah hati la kongsi kat sini dengan korang. Layan...! 


Terima kasih sudi baca, jumpa lagi lain kali. Assalamu'alaikum.

Nai @ Tak Pe Je. 


Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan