Apa Khabar?



Assalamu'alaikum. Aku masa sekolah rendah dulu, memang suka tengok TV. Naik sekolah menengah, masuk asrama segala bagai makin lama makin kurang tengok TV. Bila masuk matrik kat KL lepas SPM, lagilah tak tengok TV dan awal-awal kehidupan kat KL aku belum reti masuk panggung wayang, jadi takde pengalaman tengok wayang. Kat Terengganu masa dulu-dulu, panggung wayang tak semua orang perempuan jejak. Bukan tempat yang diterima akal, adat dan budaya masa tu. Orang lelaki yang pergi pun takkan hormat perempuan yang jenguk panggung wayang, kalau pergi jugak maknanya sengaja menempah 'maut' dan rela diperlakukan sewenang-wenangnya. Kira macam scene dalam panggung cerita Perempuan, Isteri & ... (Jalang). Macam tu la buruknya persepsi wayang sepanjang keremajaanku. 

Seiring dengan waktu, orang kita rata-ratanya tak lagi masuk panggung nak buat wayang, tapi memang nak tengok wayang, paham kan? Lagi satu, kalau orang perempuan masuk sorang-sorang dalam panggung pun takde orang nak hairan, apatah lagi nak try. Pernah aku masuk sorang tahun 2000 dulu, siap dapat soalan cepumas "Ada pakwe tunggu kat dalam ke, dik?" Ye lah, zaman sekarang ni orang perempuan selamba badak je boleh travel secara solo ke Jepun, Eropah segala bagai, apa la sangat takat masuk panggung wayang secara solo, tak gitu? Tapi aku jarang-jarang je pergi tengok wayang sorang-sorang, kecuali kalau ada cerita genre yang memang takde siapa nak teman, macam cerita Melayu, Hindi ataupun Korea.

 Kalau kat rumah pun aku bukannya tengok tv, kat bawah mak kontrak cerita dia, tak pun anak-anak sedara kontrak cerita kartun. Dalam bilik, ada orang kontrak golf tournaments. Dah terlampau biasa tak mengadap TV, masa takde orang kontrak cerita apa-apa pun aku tak pasang. Kecuali masa naik basikal setempat, ada la jugak aku layan cerita-cerita dalam channel Astro Diva. Betapa dengkinya kat aku, Diva dah takde kat Malaysia sekarang. Sudahnya aku dengar muzik je la masa exercise, sambil membuang pandang ke arah TV yang kaku bisu. 

Sampailah dua minggu yang lepas, bila aku terpanggil nak tekan butang subscribe kat Netflix, entah kenapa tak tau. Pakej Netflix yang aku ambik ni namanya 'Premium', bayar RM55 sebulan bil dicaj pada Telco aku. Bukan setakat tengok kat Smart TV, boleh jugak tengok kat smart phone ataupun tablet. Sudahnya aku takde keja lain, gila la... Aku mulakan dengan ulang tonton drama-drama Korea pujaan hati, Goblin pembuka tirai. Saja nak try tengok cerita baru, aku teruskan dengan The King: Eternal Monarch dan Touch Your Heart. kemudian balik ke zaman lama: Coffee Prince, The Inheritors dan My Lover from the Star. Break kejap daripada cerita Korea, aku tengok Old Guard dan MIB International.  Lupa pulak aku ni tak kenal erti moderation dalam apa-apa aktiviti, maka bersambung pula dengan cerita baru: It's Okay To Not Be Okay. 


Dah terkedu lain macam sejak tengok cerita ni, bagi aku It's Okay To Not Be Okay bukan sekadar drama, tapi satu penawar pada saat yang sangat-sangat diperlukan. Sumpah aku terkesima, tak bohong! Aku rasa susah lepas ni nak ada drama lain yang benar-benar menyentuh tangkai hati, sebab standard yang IOTNBO dah tetapkan adalah terlampau tinggi. Mungkin tak semua orang rasa macam yang aku rasa, tapi iya la dah nama pun blog aku, mesti la cerita pasal aku je. Semua watak dalam drama ni hidup dalam dunia aku, dah duduk bersama aku, jadi saka. Terlampau terkesan, sampai aku terpaksa pergi merayau sorang-sorang dari pagi sampai petang, makan minum solat semua kat luar. Kebetulan pulak cuti Maal Hijrah, memang dipermudahkan segala urusan. Alhamdulillah. 


Siap buat entry ni kat Starbucks lagi, ko rasa? Ini pun duk rasa semua watak drama tu ada bersama, ah sudah! Ok la, selamat menyambut Maal Hijrah. Terima kasih sudi baca, jumpa nanti! 

~ Nai @ Tak Pe Je.


Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan