Fitrah Nan Lembut
Assalamu'alaikum. Semenjak dua tiga empat
lima menjak ni aku gemar betul pakai serba putih, sejenis kembali ke zaman dulu kala. Mungkin sebab aku terbaca (lupa dah kata mana) tentang hikmah di sebalik sunnah Nabi yang menggalakkan pakai baju warna putih: lebih kepada penyerapan cahaya dan tenaga, hubungan antara alam dan tubuh badan manusia. Nak mengolah panjang lebar tentang itu, aku bukannya pakar, jadi kita biarkan takat ni sudah.
Sekarang ni cuaca tersangatlah carca marba, panas teramat panas, diikuti hujan sebelah petang. Kalau negara luar ada 4 musim, Malaysia pun sama jugak, macam Uncle Grab dalam you.tube Channel i-Chang cakap: "Hot, Very Hot, Wet, Very Wet". Terbaiklah, uncle! Jadi, kecenderungan memakai pakaian serba putih jatuh kepada HARUS, yang kadangkala boleh bertukar menjadi WAJIB. Cuba korang pakai serba hitam duduk bawah panahan terik mentari, rasa apa? Sebab tu la orang-orang negara 4 musim memilih untuk pakai baju warna putih setiapkali dorang turun cari cahaya matahari di pulau-pulau negara Asia Tenggara. Tengok makhluk di New York yang selalu berpakaian hitam contohnya, itu pada kebanyakan waktu sepanjang musim sejuk. Datang musim panas, warna pakaian bertukar kepada putih dan warna-warna lembut selain hitam.
Maka dengan itu, tak hairanlah kalau aku asyik pilih baju putih ataupun yang berwarna lembut. Maklumlah summer all year round...
Ada sepasang baju kurung daripada sutera Cina dulu beli kat Beijing, masa tu azieq baru umur 4 tahun. Aku sayang nak mati baju tu, rosak di tangan bibik akhirnya.. sampai sekarang aku tak jumpa dah fabrik ataupun corak yang sama. Blouse putih berbunga ros merah kat gambar atas ni ada sipi-sipi macam sutera cina yang aku sayang tu, bahagia yang amat bila ternampak kat AEON bulan lepas.. takde fikir panjang, terus rembat bawak balik rumah. Betapa bahagianya perasaan ini, senyuman yang korang nampak tu sikit je berbanding apa yang aku rasa. Berbunga-bunga mekar setaman, hokeh!
~ Nai at Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment