Pak Su Dah Kahwin!
Assalamu'alaikum. Selamat Hari Malaysia kepada semua yang berkenaan, cuti lagi kita ni ya? Lama aku tak update blog, sekarang lebih menggunakan masa terluang dengan drama-drama bersiri Korea di Netflix, rasanya mimpi pun dah dalam Bahasa Korea, jangan tak tau! Jadi, marilah kita sama-sama menjamu mata dengan update kali ni, iaitu sekitar pernikahan adik bongsu kami di Chendering, Terengganu Darul Iman. Majlis akad nikah dan resepsi sebelah pengantin perempuan jatuh pada hari Sabtu, 5hb September 2020. Dalam masa orang Malaysia duk kepoh dengan Emir-Mira, kami sibuk dengan majlis sendiri, tapi tetap peka apa yang tular di Instagram. Ah, gitu!
Pak Imam awal-awal dah bukak rasa sendu, bila dia mulakan dengan suruh ingat pada yang telah tiada, terutamanya arwah bapa pengantin lelaki yang juga bekas gurunya bla,bla,bla aku dah ke laut duk dongak ke siling pun tak mampu nak bendung air mata yang sungguh laju. Ciss, habis mekap aku! Dah la tak prepare nak nangis ke apa kan, tisu pun takde dalam handbag.. guna alas dalam Bokitta la jawabnya! Sampai waktu dah sah sekali lafaz, mata 2 orang saksi (abang-abang pengantin lelaki) dan juga pengantin sendiri aku tengok macam biji saga je rupa. Kalau aku dah breakdown kot kat situ, gila ke nak tahan duk nampak arwah ayah jelas nyata dalam majlis. Taip ni pun terseksa lap air mata, ishh... drama queen betul!
Kami takde warna ataupun baju tema, tapi akhirnya sekata je tona pakaian kecuali adik perempuan aku, heheh kesian dia rasa terpinggir. Satu kebetulan yang tak menyebelahi, apa nak buat? Anak aku pilih kemeja bunga-bunga, heran sungguh aku masa teman dia shopping, tapi Pak Teh dia berkenan, siap pergi beli jugak sepasang cuma tukar tema daun, warna hijau lembut hala ke kelabu, pakai masa majlis resepsi jam 12 tengahari Sabtu.
Majlis ikut SOP setakat termampu, cuma duk berjemur tengah panas bawak dulang takde nya orang tahan nak tutup muka bernafas dalam peluh. Yang beriya pakai mask memang confirm dari KL, dari mula-mula sampai KT aku dah perasan takde ninja sangat macam kat KL. Ko berdedikasi pakai mask orang pandang je, tau! Tapi maklom tak kisah, nak!
Kenduri zaman PKP ni untung jugak, tak boleh lebih daripada 250 jemputan dan kalau tak dijemput, tak aci kecik ati bagai.. dah nama pun SOP yang wajib dipatuhi. Kalau dulu risau orang mengata kahwin koboi segala, sekarang tidak lagi, maka cepatlah kahwin pada siapa yang dah sampai seru dan jodoh sedia bersatu!
Baju kenduri aku ni beli kat Variante Melawati Mall, sepasang dengan skirt tapi tak lepas garis panduan bonda dan suami. Kisahnya aku try dulu depan bonda dan kebetulan masa tu adik lelaki aku si Apih (Pak Teh) ada datang. Katanya "tak lepas, kakak. Kalau bini Apih pun Apih tak kasi, apatah lagi Along.. confirm tak lepas punya!" Along tu abang ipar dia la, maka dengan itu aku takde nak buang masa tanya pakwe jugak, buang masa aje. Bila aku try dengan skirt songket yang aku jahit tahun lepas, dorang kata lepas. Itu yang OOTD jadi macam masa hari kejadian, demikianlah cerita di sebalik tabir. Soalnya bukan apa, jenis kain tu lembut dan terlalu flowy mengikut bentuk badan. Kalau korang takpe dan selesa, dipersilakan. Aku kena kurangkan pengembangan bahagian bumper baru boleh lepas keluar rumah, rasanya.
Gambar kami bertiga bersama pengantin baru tak banyak, ramai lagi orang menunggu giliran nak mengabadikan memori indah. Langgar SOP besar-besaran pula nanti kalau nak bersesak-sesak kat situ, lainlah ruang balai rong seri ke apa, kan?
Mak aku heret ambik gambar, amenda duk diam je kat meja makan tak nak bangun, ajak bergambar tak nak. Aku paksa selamba je, "Nanti mak takde gambar!" Aku siap cakap, senyum mak! Pergh.. garang sungguh anak dia, kalau orang tak kenal. 2 hari selepas tu dia komplen takde pun orang ambik gambar dia bagai bla-bla-bla, kena setepek dengan aku, terdiam. Tau sangat perangai dia, dulu masa anak lelaki sulung dia, si Salami (Pak Ngah) kahwin lagi teruk, gambar semua muka masam. Sesungguhnya seorang ibu takkan mampu melepaskan anak lelakinya pergi, aku rasa la.. aku esok nampak gayanya tak boleh cari menantu, baik aku cari anak perempuan lagi bagus. Maka nanti aku akan dapat anak perempuan bila azieq kahwin, baru tak susah hati sangat gamaknya.
Mak ai, layan gambar je la...
Melaram sampai lebam...
Si Ida pakai sangat obvious orang KL, heheh mak tak boleh relate, dia jadi segan takut apa orang kata. Ye lah, tak boleh salahkan mak.. dia fikrah jauh berbeza dengan anak perempuannya yang sorang ni, sungguh liberal dalam semua segi kecuali pendiriannya tentang nafkah diri seorang isteri daripada seorang suami. Bab itu dia takde kompromi. Tinggal lagi, semua orang ada teori dan prinsip, sebelum kena atas batang hidung sendiri. Aku apa adanya, lebih memilih untuk mandiri daripada sakit hati.
Bibik hampir tak jadi pakai baju ni, terlampau lawa katanya, mungkin takut orang mengata nak lawan tauke. Aku paksa jugak dia pakai, dah buat keputusan dari awal dan bawak dari KL kenapa tetiba baru risau segala? Aku takde hal, pakai je aku kata... cantik sangat, sesuai dengan majlis dan masuk dengan tona pakaian family. Sepanjang majlis pun aku masih kena yakinkan dia nampak lawa lagi berseri, suruh dia posing bagai nak ambik gambar hantar ke Indonesia sana. Aku memang suka melawa dan tengok orang sekeliling aku melawa, kebahagiaan yang aku rasakan melihat keadaan sebegitu tak terbandingkan!
Ni pulak pengantin lama, bersanding atas kayangan. Hahahah. Kemeja batik Terengganu dalam gambar ni pakwe dapat hadiah seminggu sebelum majlis. Tandahati daripada seorang peguam syari'e muda yang dia jadi 'mover' untuk penerimaan masuk sebagai pengamal undang-undang. Kainnya lembut dan sejuk, okay la pakai seharian di bumi yang langsung tak turun hujan dah macam summer holiday. Terengganu panas yang amat, tak macam KL yang selalu hujan petang-petang.. kering kontang sungguh!
Kami melepak lama sampai petang, takkan nak makan terus balik tinggalkan adik. Bongsu la katakan...
Kat sini aku kasi link entry yang aku cerita pasal songket ni, sekian lama baru ada kesempatan nak dipakai. Terima kasih sudi baca sampai habis, lain kali jumpa lagi. Assalamu'alaikum.
~ Nai at Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment