Selamanya Di Hati, Bicara Cinta Tanpa Dendam

Assalamu'alaikum. Sesetengah orang ingat aku ni extrovert, sebenarnya tidak. Cuma nak kata introvert pun takde la tepat sangat, mungkin lebih kepada keadaan dan tuntutan sosial aku boleh menyesuaikan diri apa adanya. Kalau nak suruh aku tegur semua orang yang baru jumpa dengan ramah tamahnya, mungkin tidak. Tapi kalau disapa, takde la aku buat pekak badak pulak, itu melampau. Rasanya aku ambik masa sikit nak warm up ataupun open up, bergantung pada emosi semasa dan cara orang approach. Ada jugak masa-masanya jumpa kejap aje dah klik dan boleh borak macam dah kenal lama. Normal la kot, rata-rata manusia biasa memang macam tu, selebihnya termasuk dalam golongan minoriti yang boleh mesra alam secara alami serta-merta. Untung la...! 


Tapi, orang macam aku ni bila dah mesra, takde kompromi punya, lepas bebas merdeka menyayangi sepenuh jiwa raga tanpa syarat mahupun apa-apa sekatan kepentingan. Dah macam hakmilik kekal, bukannya pajakan. Haaa... gitiew! Maka tak hairanlah kalau aku masih lagi kekal setia berjimba bersama orang-orang yang sama sejak zaman anak dara sunti kat sekolah menengah dulu sampailah sekarang. Kami tua bersama, sepertimana pernah muda bersama. Menangis bersama, ketawa bersama. Gila-gila otak masuk air pun bersama. Cubit paha kiri, paha kanan terasa, macam tu la tahap kemesraan kami.  
 

Kalau berjumpa, tak pernah sedar diri dah bukan budak-budak lagi, ada yang anak 6 orang pun sama je terkekeh-kekeh gelak macam budak-budak. Sedih, murung, stress segala bagai semua tolak tepi, itulah kuasa kasih sayang sejati. Dari zaman remaja sampailah zaman remaja purba, macam tu la kami, hidup dalam dunia kami tak sedar langsung keadaan sekeliling kalau dah duduk sekali. Terapi minda dan petua kelangsungan hidup yang lebih bermakna lagi berkualiti, tak perlukan suntikan sintetik untuk awet muda. Hati biar ikhlas menyayangi, fokus pada nikmat yang Allah kurniakan selama mana diizinkan kita bernafas di muka bumi ini, menyedut udara secara percuma.


Tengok gambar ni baik-baik, dengan pemikiran yang baik-baik, jangan dibelenggu hasad dengki yang tak berkesudahan. Hidup ni terlalu singkat untuk kita bazirkan dengan saling berdendam dan menjeruk rasa. Kalau sayang, cakap. Kalau cinta, tunjuk. Kalau benci, jangan tengok. Senang je.

~ Nai @ Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan