Posts

Misi Mencari Selain Kasut But

Image
Assalamu'alaikum. Korang suka pakai kasut style macamana? Aku suka boots, even seluar panjang pun aku suka boot cut. Banyak-banyak warna kasut, sandal ataupun selipar sekalipun, aku paling tak gemar warna hitam.. tak tau la kenapa. Tinggal lagi, dress code kerja aku mewajibkan kasut berwarna hitam, lalu apalah pilihan yang aku ada selain mematuhi peraturan itu, kan?  Minggu lepas, aku pergi cari kasut hitam yang lari dari konsep boots sebaik saja selesai kerja di Putrajaya. Jangan terpedaya dengan beg kertas Parkson yang aku pegang, itu semua ilusi optik semata-mata, demi menyahut kempen 'Everyday No Plastic Bags'. Benarlah kata pepatah omputih, 'Don't Judge A Book By Its Cover', apa yang kita lihat dengan pandangan majazi belum tentu itu adalah hakikat yang sebenarnya. Walaupun aku kelihatan membimbit beg kertas Parkson, tak semestinya aku berada di Parkson. Pernah ada ketikanya aku bimbit beg kertas designer handbags tersohor, padahal balun bawak pergi shoppin...

Di Sebalik Kacamata

Image
Assalamu'alaikum. Aku rabun sejak Darjah 6, kecik-kecik dah pakai spek sampailah sekarang. Tapi sejak masuk umur 35 ke atas, power spek aku menurun setiap dua tahun sekali, pelik kan? Nak tukar spek baru makan ribu raban, ekonomi zaman sebelum PKP dulu takde hal sangat. Sekarang? Urghh... naik biul kepala fikir nak ketepikan bajet yang mana dulu. Akhirnya aku buat keputusan, pergi check mata dan dapatkan contact lenses yang sesuai dipakai hari-hari sementara stok masih ada. Memandangkan tahap silau mata kanan dan kiri aku ni tak sama, maka kekdohnya kena la ambik 2 kotak dengan power yang berbeza. Dalam 1 kotak ada isi 3 biji lensa, jadi 2 kotak dapatlah 3 pasang untuk dipakai sepasang setiap bulan. Kedai Optik si Alice dan pembantunya Farah kasi aku free sepasang, maknanya aku ada masa 4 bulan nak guna 4 pasang Air Optix tinted soft contact lenses. Bajetnya RM230 untuk 4 bulan, jauh lebih mampu milik buat masa sekarang berbanding dekat RM2k kos sepasang spek yang tahan 2 tahun. Ke...

Mampir di Sunway Putra Mall

Image
Assalamu'alaikum. Aku teman kawan baru2 ni, punyalah kelam kabut selesaikan apa yang patut sampai perut masuk angin, pukul 5pm belum lunch. Langkah paling praktikal saat dan ketika itu adalah singgah ke mall yang terdekat dengan lokasi kami. Maka tercengang-cengang la aku, confused kenapa tetiba ada kat Sunway. Bila kawan aku bagitau itu tapak Hentian Bas Putra yang lama, barulah aku tergelak sendiri. Sabor je ler, walaupun namanya Sunway Putra Mall, tak semestinya aku kat Subang Jaya. Nai, kadar gula dalam darah turun mendadak ke sampai blur beriya?  Lapar punya pasal, kurang upaya nak memilih makan apa.. masuk je Teh Tarik Place, sebab kawan aku cari nasi. Kalau sorang2 mungkin aku menapak masuk restoran Jepun, takpun aku lepak minum kopi kat Starbucks dan makan mini cocktails. Takpe, kita raikan kawan.. lagipun aku minat minum teh tarik dorang kat cawangan Wangsa Walk. Aku order Wantan Noodle bersama teh tarik, sedap jugak. Kawan aku makan nasi goreng ayam berempah, cubit sikit ...

Fitrah Nan Lembut

Image
Assalamu'alaikum. Semenjak dua tiga empat  lima menjak ni aku gemar betul pakai serba putih, sejenis kembali ke zaman dulu kala. Mungkin sebab aku terbaca (lupa dah kata mana) tentang hikmah di sebalik sunnah Nabi yang menggalakkan pakai baju warna putih: lebih kepada penyerapan cahaya dan tenaga, hubungan antara alam dan tubuh badan manusia. Nak mengolah panjang lebar tentang itu, aku bukannya pakar, jadi kita biarkan takat ni sudah.  Sekarang ni cuaca tersangatlah carca marba, panas teramat panas, diikuti hujan sebelah petang. Kalau negara luar ada 4 musim, Malaysia pun sama jugak, macam Uncle Grab dalam you.tube Channel i-Chang cakap: "Hot, Very Hot, Wet, Very Wet". Terbaiklah, uncle! Jadi, kecenderungan memakai pakaian serba putih jatuh kepada HARUS, yang kadangkala boleh bertukar menjadi WAJIB. Cuba korang pakai serba hitam duduk bawah panahan terik mentari, rasa apa? Sebab tu la orang-orang negara 4 musim memilih untuk pakai baju warna putih setiapkali dorang turun ...

Selesa Dengan Diri

Image
Assalamu'alaikum. Ada orang tak selesa menyendiri, apalagi di khalayak ramai. Ada juga yang sebaliknya lebih senang sendiri, lepas bebas tanpa sebarang ikatan. Apa pun jua, tergantung pada individu untuk memilih jalan mana yang lebih sesuai dengan hidup masing-masing. Walaupun begitu, kita seharusnya belajar untuk menerima segala-galanya tentang diri sendiri. Selesa dengan kelebihan dan kekurangan yang Allah kurniakan, apa adanya tanpa persoalan. Tinggal lagi, itu bukan bererti kita kekal jumud dalam kekurangan diri tanpa berusaha mengatasinya selagi daya. Kekurangan yang dimaksudkan di sini bukannya dari segi fizikal yang tak diizinkan Sang Pencipta untuk diubah, jangan salah anggap. Selain daripada itu, semuanya boleh ditambahbaik dan diperbaiki dengan usaha dan kesungguhan.  Aku makin lama tengok drama Korea, makin penat dengan tuntutan definisi kesempurnaan. Sehinggakan rupa paras plastik sudah menjadi satu kebiasaan, bukan lagi sesuatu yang dihairankan. Besarnya kuasa dan peng...

Pak Su Dah Kahwin!

Image
Assalamu'alaikum. Selamat Hari Malaysia kepada semua yang berkenaan, cuti lagi kita ni ya? Lama aku tak update blog, sekarang lebih menggunakan masa terluang dengan drama-drama bersiri Korea di Netflix, rasanya mimpi pun dah dalam Bahasa Korea, jangan tak tau! Jadi, marilah kita sama-sama menjamu mata dengan update kali ni, iaitu sekitar pernikahan adik bongsu kami di Chendering, Terengganu Darul Iman. Majlis akad nikah dan resepsi sebelah pengantin perempuan jatuh pada hari Sabtu, 5hb September 2020. Dalam masa orang Malaysia duk kepoh dengan Emir-Mira, kami sibuk dengan majlis sendiri, tapi tetap peka apa yang tular di Instagram. Ah, gitu!    Pak Imam  awal-awal dah bukak rasa sendu, bila dia mulakan dengan suruh ingat pada yang telah tiada, terutamanya arwah bapa pengantin lelaki yang juga bekas gurunya bla,bla,bla aku dah ke laut duk dongak ke siling pun tak mampu nak bendung air mata...

Oh, Silakan...

Image
Hey you, I'm just now leaving Can I come around later on this evening? Or do you need time? Yes, of course, that's fine Hey you, good morning I'm sure you're busy now, why else would you ignore me? Or do you need space? You can't help it if your mind has changed So go ahead and break my heart again Leave me wonderin' why the hell I ever let you in Are you the definition of insanity? Or am I?  Oh, it must be nice To love someone who lets you break them twice You're so blue, are you still breathin'? Won't you tell me if you found that deeper meaning Do you think I've gone blind? I know it's not the truth when you say, "I'm fine" So go ahead and break my heart again Leave me wonderin' why the hell I ever let you in Are you the definition of insanity? Or am I? Oh, …