Baiknya Tuhan Padaku ~ Semanis Honey
Assalamualaikum. Ogos 2018 adalah antara himpunan momen paling indah dalam hidupku. Alhamdulillah, begitu banyak bukti yang Allah berikan tentang erti kasih mesra dan cinta tanpa syarat. Sampai 3 kali aku dapat birthday cake tahun ni, bayangkanlah. Cukup untuk membuatkan hati ini tersentuh dan berbunga-bunga.
Masuk ofis bertemakan warna hitam, silver dan kelabu, aku tetap menjalankan kerja sekomited mungkin. . Dengan perasaan yang bercampur baur. Kejutan yang dikomplot staff akan aku kenang sampai bila-bila, selagi hayat dikandung badan.
Kek choc-mocha yang dihadiahkan sangat sedap, walaupun terpaksa mendisiplinkan diri untuk makan apa adanya saja. Bunga yang digubah indah? Ah, too much!
Expect the unexpected, you guys.. Mem dorang ni tak berapa betul sangat, otak masuk air. Tapi takpe, tak menyusahkan orang...
Adik aku Ida sanggup turun dari Cyberjaya dan kidnap aku kejap bawak mengopi dan makan kek (lagi) kat Wangsa Walk. Lawa sangat shawl dan bracelets yang dia bagi, terasa muda remaja tengok hadiah dari H&M.
Malam sebelum tu diraikan oleh cik abang dan junior, dapat sizzling cake lagi, topping dia ice-cream, tengahnya sweet muffin, bawahnya sizzling chocolate. Terkebil2 mak lom ni haa, tanjat tengok.
Nikmat Tuhan yang manakah hendak aku dustakan? Baiknya Tuhan padaku, segala syukur kupanjatkan atas bukti kasih dan sayang yang tak terbandingkan ini. Alhamdulillah.
Of all the things that I have done wrong, I must have done something right to deserve all this.
~ Nai at Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment