ST Rosyam Mart : Hari Lelong

Assalamualaikum. Weekend baru ni ST Rosyam Mart buat jualan lelong,  manusia dah beriya kongsi berita melalui segala bagai medium pengantara,  terutamanya wassap. Yang paling menarik perhatian semua orang adalah ayam RM0.83 seekor.  Maka,  tersumbatlah jalan-jalan yang menghubungkan Setiawangsa dengan dunia luar,  dari utara hingga ke selatan.  Bagi penduduk sekitar macam Mak Lom ni,  bertabahlah kalau nak keluar ke mana-mana yang urgent.  Memang mereput tunggu dalam kereta sebelum boleh bolos dari kesesakan lalu-lintas. 


Itu pun aku keluar kejap sebelah petang ke Aeon Big,  pergi ambik baju yang aku hantar alter. Hari Ahad,  okay,  bukan Sabtu, yakni hari kedua jualan lelong berlangsung. Masih panjang barisan di luar pasaraya,  demi mendapatkan barang-barang dengan harga di bawah radar.


Macamana keadaan pada hari pertama agak-agak korang?  Sila tengok dua keping gambar di bawah dan korang boleh saksikan sendiri kegilaannya!


Dah rupa orang beratur nak ambik syafaat masuk syurga,  ko rasa? 


Ada Mak Lom kesah?  Takpe la tak dapat ayam lapan kupang sekor pun,  baik makan je apa yang ada kat dapur.  Susah-susah sangat,  masak je sambal tumis sardin,  selesai masalah. 



~ Nai at Tak Pe Je. 

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan