Dosa Sos Pencicah Daging Bakar?

Assalamualaikum. September ni memang banyak cuti,  lama pulak tu sekali cuti. Maka berbondon-bondon la antara kita yang membuat perancangan awal untuk keluar dari sarang masing-masing samada balik kampung ataupun berjimba ke mana-mana destinasi menarik. Bagi aku yang selalu diburu waktu,  tak sempat nak rancang semua tu awal-awal,  sebabnya dikhuatiri akan lelap tiket,  tetiba karang ada hal mendesak yang memaksa segala perancangan terpaksa dibatalkan. 



Jadi,  banyak perkara yang dibuat impromptu,  termasuklah sambutan harijadi anakanda terkasih,  yang jatuh pada 9hb kelmarin. Hantar short notice kat family wassap group bagitahu nak makan-makan kat rumah dan potong kek birthday Azieq,  datanglah mana yang ada,  9pm anggaran majlis.  Tentukan menu, pastikan semua bahan cukup dan pergi Cosway untuk restock Wholefood Nutrition. Selesai bab tu,  ajak pakwe lepak Wangsa Walk minum petang sambil tempah kek nak bawak balik rumah. 


Komplot dengan daddy dia suruh bagitahu nak keluar makan,  pakai lawa-lawa,  jangan pakai baju tidur pulak. Elok je dia turun,  dah ada kek bagai, owh... Comel gila muka terkejut! Ok la tu kan, koleksi memori yang akan dikenang dalam lipatan sejarah hidupnya. 


Dah selesai majlis serba ringkas, makan kenyang-kenyang, kami pun bergerak menuju ke utara tanahair demi menjalankan impromptu plan seterusnya. Buat keputusan nak pergi ni pun tertakluk pada bajet, jadi takde nya masa beli tiket flight ke book hotel online ke apa, nan hado. Semua dah fully booked, kan orang lain merancang awal, orang macam kami memang takde chance ler pendek katanya. Takpe la, jalan darat kan ada, apa nak risau? Ke mana kami? Hat Yai je, lama tak masuk makan best... dah 3 tahun! Dulu memang selalu turun sana, dari anak kecik lagi.


Punyalah ramai orang kita pakat masuk Hat Yai, 3 jam tersadai dalam kereta nak melepasi sempadan dari Bukit Kayu Hitam. Katanya pagi Jumaat lagi dahsyat deretan kereta dari Malaysia berduyun tiba, penuh sesak dari Changlun. Itu pun kami sampai awal pagi, kalau lambat sikit je lagi, mendapat ler makan roti cicah jem. 


Biasanya aku bawak bekal makan minum, kali ni gagal betul la, mereput tak makan pagi kami bertiga. 


Kena turun la pulak semua penumpang, jenuh beratur macam ular kena palu, tak tau mana pangkal dan mana hujung. 


Muka tak mandi pun tetap nak selfie...



Sampai kat Hat Yai, penuh sesak pulak segala tempat makan, ya ampun... 3 tahun tak masuk sana, jakun tengok seramai itu orang kita memenuhi segenap ruang dan tempat. Beratur kat Kai Tod Decha' tengahari yang panas terik, ambik order dulu dan dapat nombor meja. Sementara tu, beli ayam goreng depa dulu, gi makan dalam kereta sementara sampai giliran nombor meja kami dipanggil. Masa-masa tu la pulak gerimis mengundang tiba-tiba, hujan panas. Nasib baik dalam handbag memang dah ada payung. Masa tengah makan, hujan turun selebat-lebatnya, bukan lagi gerimis mengundang, ya!


Makanan kat kedai ni sedap sangat, korang kena try tomyam udang galah, letop habis! Ayam goreng viral dorang pun jangan lupa, isi lembut macam pipi pauh dilayang, kulit rangup masak sekata. Letak pulak sos yang manis, voilá! Daging bakar dorang pun sedap tak hengat punya, sos pencicah daging tu macam dosa ke apa entah, menghantui saban waktu. Gila! Gila! Gila!


Dah kenyang, kena settle bab seterusnya, iaitu penginapan. Kalau 3 tahun lepas, masuk last minute pun masih ada bilik kosong kat hotel sekitar Hat Yai, tapi itu dulu, sekarang tidak lagi. Lepas satu, satu hotel yang kami singgah, semuanya penuh. Masa berhenti tukar Bhatt kat satu money changer, mulut aku ringan je tanya kot depa tau hotel mana yang ada kosong. Nasib menyebelahi maklom, depa bagi TR Rock Hill, sebuah hotel baru jauh sket dari bandar, 15 minit dengan kereta. 

Al-kisah, masa buat insurans kereta dan Kad Putih di Changlun, aku ada beli simkad Thailand. RM20 siap dapat unlimited internet, 4G coverage segala bagai, handy sangat boleh guna waze dengan begitu sempurna macam kat tanahair sendiri. Jadi, perjalanan ke hotel takde la mendatangkan tekanan jiwa, ikut je arahan waze, nescaya kita akan sampai ke destinasi tujuan. Nak guna google map pun boleh, ikut mana yang korang selesa, pilihan di tangan anda.

TR Rock Hill Hotel ni deko dia modern, rasa macam rumah orang pun ada, mesra dan menjemput, terasa bagaikan sangat dialu-alukan. Nak cerita panjang pasal hotel ni lain kalilah, ya.. entry ni pun dah panjang benar. Yang penting, sampai kat bilik, drebar terus tidur tak mampu nak ditolong lagi, ngantuk tahap gaban, solat jamak ta'khir la katanya. Anak dan aku ambik giliran mandi dan solat dulu, baru tidur. Bangun tu rasa heaven gila, lega yang amat. Baru ada tenaga nak masuk bandar, kan? Itu kita buat entry baru, ya? Berhenti sini dulu. Terima kasih sudi baca.

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan