Hat Yai - Songkhla - Danok - Malaysia

Assalamu’alaikum. Sesudah subuh pada hari kedua di Hat Yai, aku mula packing barang dan asingkan baju2 kotor dalam laundry bag yang dah disediakan dalam laci di bilik hotel. Aku siap paling awal, sebab nanti tak payah sibuk orang lain menunggu aku tepek bedak segala bagai. 

Tempat breakfast di The Rock Hill Hotel ni terletak di rooftop, makanan katanya halal, no lard and pork, jadi tak hairanlah kalau Muslim berhijab bagai dengan senang hatinya makan nasi dan mee goreng yang dihidangkan. Aku anak beranak bukan jenis makan berat pun pagi2, jadi takde menda yang berbeza sangat sebab kami cuma ambik roti, salad, mentega dan jem. Ruang balkoninya luas, saujana mata memandang.. Haruslah selfie dulu sedas! 


Kami check out awal, gerak pelan-pelan ke Pantai Samila,  dalam gerimis yang kadangkala bertukar menjadi hujan lebat. Hiasan bunga pandan yang digubah menjadi kuntuman bunga dah makin kering dan kurang baunya,  berbanding hari pertama dibeli. Takpe la,  elok jugak tergantung sebagai penyedap mata. 


Lunch kami awal sudah pasti,  nama pun bergerak awal dari Hat Yai,  bukan jauh sangat pun menuju Pantai Samila di daerah Songkhla. Itu pun kami dah menunggu agak lama dalam kereta, sementara hujan menjadi agak reda. Banyak deretan kedai makan halal di sekitar Pantai Samila,  tinggal pilih mana satu yang berkenan di kalbu. Macam kami,  memang tak pernah try kedai lain,  dari dulu kini dan selama-lamanya asyik ulang tempat yang sama, iaitu Fatihah Seafood. 

Restoran ni makin lama makin elok keadaannya dan dalam jangkamasa 3 tahun ni nampak sangat banyak menerima kunjungan orang Malaysia.  Dalilnya,  dalam FB berlambak orang post gambar duk makan kat situ dan pasangan suami isteri empunya restoran dan agak lancar berbahasa Melayu. Kalau dulu kami duk borak dengan anak dorang je,  si Neng yang selalu turun membantu tiapkali cuti semester. Bagus English Neng,  transgender kelihatannya tapi entahlah, aku tak pernah membawang bertanya. 


Itu gambar lebih 5 tahun lepas,  masa aku bawak kawan2 makan kat situ.  Sekarang kerusi yang sama masih ada,  cuma ditambah dengan pagola kerusi bambu.  Antara makanan yang wajib dipesan adalah ketam masak kari,  ikan stim dan ikan belanak goreng bawang putih. Tomyam dah biasa sangat,  kemon... Kat Malaysia bleh makan! (Ada gambar kat bawah tu haa. .) Korang boleh check sendiri FB dorang,  ya. Siap ada surau kat situ, boleh la nak solat sebelum atau selepas menjamu selera,  kan?  Bagi aku,  jauh selesa dan bersih surau restoran tu berbanding Masjid Danok, tak mampu nak tahan bau tempat wuduk dan habuk kat ruang solat (wanita). Aku cuba bebaik sangka,  mungkin waktu aku singgah tu hari cuti, jadi tak berapa terjaga. 


Menyesal pun ada masuk solat kat situ,  jenuh aku bersin tak berhenti,  terpaksa telan ubat resdung seberapa segera. Takpe la,  banyak sangat dosa, elok la Allah nak kurangkan sket.  Ok,  lepas solat kita buat apa?  Singgah beli beras Siam kat kedai tepi jalan,  tak leh banyak2 ya..  Nanti menjawab tak lepas kat kastam. Kalau nak beli lebih daripada 2 kampit,  pandai2 la susun atur dalam bonet,  itu pun nak kena ajar ke?  Hehehhe. Tapi jangan la sampai melimpah ruah pulak,  tak dapek den nolong karang! 

Kemudian,  kita lepak dulu kat restoran pujaan hati di Danok,  tak lain dan tak bukan:
Norlaila Seafood, Danok. Seluruh kawasan dari Hat Yai,  Songkhla, hinggalah Danok diserang oleh orang Malaysia,  maka kami memang mereput tunggu makanan siap kat Norlaila Seafood.  Baguslah,  sebab perut belum sempat lapar pun sebenarnya pasca Fatihah Seafood.  Cuma tinggal lagi yang menunggu di hadapan dikhuatiri jalan penuh sesak,  maka kami ambik keputusan nak makan malam awal. Takde gambar kat situ,  ada gambar Mak Lom je memoyokan diri kat kerusi. 

 

Nah... Jalan penuh sesak jugak hala balik, benarlah bagai dijangka. Kalau perut lapar,  tahap kesabaran pasti terjejas teruk punya!  


Para penumpang kena keluar kereta dan beratur dalam Bangunan Imigresen, nasib baik kaunter agak banyak dan tak sampai 25 minit dah selesai cop pasport. Drebar pulak duk hazabedah merempuh jem nak ke kaunter berbeza,  bukan dalam bangunan tu. Tapi budak2 motor kasi tip kalau nak cepat, penumpang yang dah cop pasport ambik alih kereta,  drebar gi masuk cop dalam bangunan yang sama. Lepas tu terus boleh ikut laluan paling kanan dan keluar dari barisan kereta yang mereput kat lorong lain. 


Elok je bolos dari Imigresen kita,  jalan mulai lepas bebas dan Welcome to Malaysia, bebeh! Cuaca mendung sepanjang jalan dan kita berhenti beli hazelnut latte untuk drebar kat Juru. 


Penuh manusia kat dalam Starbucks Juru,   sama penuh dengan yang menunggu di lorong pandu lalu. Bukan kat Jepun je manusia suka lepak Starbucks,  kat Malaysia pun sama jugak! 


Kopi dah ada kan,  tapi malangnya mata drebar tetap tak mau berkompromi, lalu aku ambik alih stereng kasi dia tidur kat sebelah. Mulanya ingat nak teruskan aje selagi mampu,  tapi masuk je Tapah hujan mulai turun. Mata aku mana boleh berfungsi elok pada waktu malam yang hujan turun membasahi bumi. Kombinasi waktu malam dan hujan bukanlah berita gembira bagi aku,  maka terpaksa la kejutkan putera yang sedang beradu. Isi minyak penuh dan topup kad TNG kat Hentian Tapah,  kami teruskan perjalanan selepas solat isyak dan jamak ta'khir Maghrib. 

Aku la pulak tidur,  sedar-sedar dah sampai Rawang,  member tekan minyak 120 minimum,  ko rasa?  Tak lama lepas tu,  selamat sampai rumah,  maka selesai sudah misi jalan-jalan cari makan kami ke sempadan sana. Rehat sehari sebelum memulakan kehidupan seperti biasa pada hari Rabu.  Pheww. .! 

Baguslah korang baca sampai habis,  macamana aku tak sayang?  Jumpa lagi nanti,  Assalamualaikum. 

~ Nai at Tak Pe Je. 




Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan