Selalu Dekat Di Hati ~ 6 September

Assalamu'alaikum. Ogos pergi,  September pun bertamu kembali. Anak bujang nak sambut birthday tak lama lagi, siap update IG story duk menghitung hari. Mintak nak beli jam tangan yang baru,  kali ni tak nak order kat Lazada,  nak pilih sendiri kat kedai. Ye lah, kata aku, nanti mummy usahakan.  


Balik ambik dia kat sekolah,  aku dengan sorang staff pergi ke KL Sentral naik LRT,  kereta parking kat stesen. Lapar betul petang-petang hari,  lepak makan kat Secret Recipe dulu sementara tunggu Maghrib dan nak jumpa prospek client selepas tu. 


Tak tau la samada terlampau lapar ataupun chef KL Sentral punya outlet terlebih terer masak,  tapi mee kari dia luar biasa sedap sampai nak habis sekawah aku makan. Asam Laksa yang budak aku order pun sedap naw2.


Nak kena repeat la nanti. Tapi entahlah,  KL Sentral selalu bikin hatiku ini tak keruan, ada memori yang tak mampu nak dilupakan,  dah pulak jatuh pada tarikh keramat. Melankolik je rasa sepanjang berada di sana, Tuhan aje yang tahu. Tinggal lagi,  aku kan ada kerja,  mana boleh layan blues,  karang kacau fokus. Baik selfie sedas dua kat NU Sentral,  sebelum jumpa client seperti yang dirancang. 


Ok, lepas kerja kita buat apa?  Cuci mata ler,  apa lagi kenn?  Aku singgah beli stoking hitam untuk anak bujang pergi sekolah,  dah berlubang-lubang hujung stoking dia,  dah tajam naw2 jari kaki agaknya!  Nampak Charles & Keith,  wajiblah melawat kawasan,  ko rasa?  Mak ai, memang bahaya tempat2 macam NU Sentral ni,  memanggil-manggil gitu!  


Tapi dah nama pun menjamu mata,  maka takde ler merembat apa2 di situ,  balik cepat,  sebelum hilang kawalan.  Biasanya aku bergerak secara solo je kalau jumpa client,  kali ni lain sket, kena bawak teman. Mungkin dah lama sangat tak keluar malam sorang2 naik lrt,  aku diserang rasa takut.  Naluri kadang2 cuba bagitau kita sesuatu,  jadi baik kita ikut je gerak hati. Better safe than sorry. 

Itu je la,  Happy Birthday to you. 

~ Nai at Tak Pe  Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan