Lagi Kenduri Kahwin ~ Dewan Fattzura

Assalamualaikum. Cuti Merdeka baru-baru ni adalah yang paling meriah dalam sejarah kehidupanku. Sebab utamanya, keluarga mertua dan keluargaku bersama-sama pergi memenuhi undangan majlis resepsi perkahwinan di Subang. Jenuhlah aku dan cik abang tempah van 18 seaters demi menjadikan perjalanan lebih lancar dan selesa. Muatlah kami semua, itu pun sebab adik aku Mi dengan isteri dan anaknya naik satu kereta dari Rawang. Kalau tak confirm kena ambik dua van. Ye la, kami berdua ni sama-sama anak sulung, maka dah jadi tanggungjawab menyediakan banyak kemudahan untuk keluarga masing-masing. 


Asalnya aku nak pakai baju kurung modern songket malam tu, tapi cik abang aku kata baju Melayu dia yang match dengan songket tu besar sangat, tak smart nak pakai dan nak hantar alter tak sempat siap. Jadi, dia mintak aku pakai baju lace biru yang aku pakai masa raya haji, sebab baju Melayu dia yang warna biru tu dah hantar alter sebelum raya haji. Hurmm, ye la kanda, dinda turutkanlah. Nampak gayanya kena hantar semua sekali baju Melayu dia ke kedai alteration, senang nanti nak pakai matchy-matchy pergi mana-mana majlis. Makin tua ni makin nak sedondon pulak dia.


Dalam banyak-banyak tetamu malam tu, ada sorang BFF aku datang sama, si Za ni dulu roommate kepada mak pengantin masa kat Matrikulasi Nilam Puri. Macam pelik kan anak dia dah naik pelamin? Ha... sebab dia dengan cik abe dia nikah masa 1st year kat UM, itu yang dah ada anak dara umur 20-an. Ikut jejak langkah mak bapak la kiranya ni, anak dorang pun nikah awal, hijau-hijau pucuk pisang dah naik pelamin.  


Rasa macam jamuan raya pun ada jugak, sebab kaum kerabat di kiri dan di kanan.


Awak esok nikah macamana la, anak? Daddy dah berangan nak upah wedding planner bagai, mummy entah la nak, syahdu je nak fikir pun tak sanggup. Masa beli baju Wak Doyok sebelum raya haji aritu pun macam tak percaya je ada saiz untuk awak, nak... dah besar anak mummy!


Semoga esok-esok awak manja dengan mummy macam mummy manja dengan nenek, sampai tua...


Dan semoga mummy awet muda macam nenek jugak. Hahah.


Ni antara kawan-kawan sekuliah mak dan bapak pengantin kat UM dulu, semua dah kertu, perut maju ke depan apa adanya, termasuklah yang pakai baju Melayu biru. Alahai.. dah macam overdressed plak awak, tak ke kanda? Tapi takpe la, awak ada saya, yang selalu melaram. Awak jugak yang beriya nak bersamping bersongkok bagai, kan?


Sesuai la dengan majlis, takpe... adik-adik lelaki aku pun pakai beriya jugak, kecuali si Apih, sebab dia datang rumah tak expect nak kena bawak baju Melayu. Akhirnya dia terpaksa pinjam kemeja dengan seluar panjang adik bongsu, nasib baik la saiz lebih kurang sama.


Isterinya pakai baju aku, lawa sesekali dia tukar fesyen. Cuma masa aku pakai, nampak la bentuk kebaya, dia pakai nampak macam baju kurung. Tetap lawa, alhamdulillah.


Mi dan Nurul, sedondon macam biasa, selamanya romantik berdua.


Tak dapat bergambar dengan pengantin sebab penuh dengan gang universiti dia je beratur panjang, aku tangkap mak pengantin je la. Vogue Kak Nik malam tu, bersolek penuh seri. Dah la majlis gempak kebaboom, buat kat dewan Fattzura kahwin pulak tu. Huntong laa....


Takde gambar keluarga mertua, kan? Dorang berselerakan ke sana sini, jumpa dah kat luar masa van datang jemput. Bukan jenis suka bergambar macam aku, maka takpe la.


Marilah sama-sama kita doakan agar kehidupan rumahtangga anak Kak Nik dan Ustaz Faizal kekal bahagia hingga ke syurga, insya Allah, Ameeen.... 


~ Nai at Tak Pe Je. 

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan