Posts

Berjimba di KLCC

Image
Assalamu'alaikum. Cuti Hari Keputeraan DYMM Seri Paduka Baginda YDPA baru-baru ni adalah juga birthday anak aku. Malam sebelumnya kami bertiga pergi makan-makan sambut birthday dia,  siangnya tempoh bertenang sebelum pakat potong kek bersama nenek, mak bapak saudara dan sepupu sepapat lepas isyak. Jadi,  aku ada masa terluang nak berjimba secara bujang dengan alumni Suzaideen team KL nan bertiga. Impromptu jugak yang menjadi,  kalau rencana lama-lama sudahnya tinggal kenangan. Lepas zohor kami berkumpul di KLCC,  lunch kat food court.  Mungkin kedengaran macam kekwat gila babas,  tapi aku tak biasa makan kat food court KLCC, jadi aku memang jakun tak tau nak pilih gerai mana. 1st time dulu pakat tapau Nasi Kukus Mok@Sube (taukenya yang lawa nak mampus kat tengah tu) makan kat situ,  order air je tapi kali ni aku tawaf satu pusingan dan order kuey teow goreng daging di Wok & Grill. RM9 satu mangkuk,  portion memang besar tapi sebab lap...

Sembang-Sembang Kosong, Meh...

Image
Assalamu'alaikum. Aku diserang mental block, tak tau nak update apa entah kat sini. Menung depan skrin, keluar semula tak tau amenda nak cerita. Gambar berlambak sebenarnya, boleh sangat naikkan kat sini untuk dijadikan modal, tapi akhirnya takde maknanya jugak.. tetap keluar tanpa sepatah kata. Hari ni sepatutnya Wordless Wednesday, ada pulak kata-kata keluar untuk update blog, jadi mari kita teruskan apa adanya, kawan-kawan. Walaupun sebenarnya takde cerita penting pun, takpe la daripada takde langsung, kan? Korang jenis keluar rumah pakai mekap tak? Aku kalau tak mekap pun, tetap akan pakai toner dan pelembab kat muka sebelum keluar ke mana-mana, itu paling malas la kira. Kalau tak malas, akan sapu bedak dan pakai lipstick. Tapi kalau datang rajin, jenuh jugak mekap ala-ala full face, terutamanya bila ada majlis kenduri ataupun apa-apa majlis formal. Kalau datang extra rajin pulak, hari-hari aku buat full face, tinggal bahagian mata je kadang-kadang tak sentuh sebabnya ...

Landasan Utara Ke Sempadan Thai

Image
Assalamu'alaikum.  Lama tak update blog, mereput bersawang karang jenuh nak renovate. Ogos baru beranjak pergi,  memahat 1001 cerita suka dan duka di lembaran hari. Sempena bulan kemerdekaan dan ulangtahun kelahiran, aku memerdekakan diri dengan bermusafir ke utara buat pertama kalinya tanpa ditemani anak dan suami. Dengan tiket kombo LRT ke Putra Heights RM10, aku gerak lepas solat asar dari rumah. Sesampainya di Putra Heights,  bas Rapid ke KLIA2 baru je berlalu pergi, 6.30pm tepat. Silap aku jugak tak check dulu jadual kekerapan bas perantara itu,  kan?  Kalau tunggu trip 7pm takut tak sempat kejar waktu boarding 7.25pm sebab perjalanan mengambil masa 40 minit lebih kurang. Maka aku panggil MyCar datang,  semput-semput je sampai 7.25pm kat airport. Aku berlari la kan,  takde makna nak catwalk jaga ayu bagai,  ko rasa? Dalam hati berpesan: Lain kali toksah duk berkakilebar sangat la masuk ofis lama-lama, dah tau nak kejar flight 8.05pm!  ...

Demam Biryani : Ayam & Kambing

Image
Assalamu’alaikum. Saka biryani Pakistan datang menyerang lagi, susahnya bukan kepalang. Selagi tak masuk dapur dan masak sendiri, selagi tu tak senang duduk aku dibuatnya. Cuti Hari Pertabalan YDPA baru-baru ni aku bersilat di dapur dan terhasillah biryani ayam, dijodohkan dengan ayam pencen masak sambal, sambal belacan (pujaan kekanda) dan acar resipi Chef Ammar. Bukan nak puji diri sendiri la, tapi memang terbukti sedap dan konsisten, dengan syarat ikut betul-betul resipi yang aku ambik dari Sandhya’s Kitchen.  Sedapnya makan cuti-cuti, menternak lemak dan melayan penat.  Meraikan permintaan anakanda, Sabtu lepas aku masak biryani lagi, kali ni biryani kambing pulak, tuan-tuan dan puan-puan. Cara masaknya sedikit berbeza dan lebih rumit, renyah la pendek katanya. Sebab tu aku ambik masa yang lama sangat-sangat nak mencuba resipi Sandhya’s Kitchen nan satu ini, rasa macam ‘Hurmmm... boleh ke aku buat ni? Rumit gila kot!” Tapi demi memenuhi hajat orang tenga...

Oh My Kening Sinchan!

Image
Assalamu’alaikum. Semalam konon-kononnya malas la nak bukak lampu siang-siang hari dalam bilik masa mekap, kira cukup dengan cahaya matahari sebab dah selak langsir ikat tepi. Nama pun rabun, kening siap jadi macam Sinchan dan celak tak sekata sebelah kiri kinan, haaa tepok! Itupun lepas snap gambar selfie, kalau tak confirm keluar cenggitu aje, maklum la confident level tahap dewa kekdahnya.   Apa aku buat adalah, bila dah sampai dan park kereta dekat Pusat Komuniti Setiawangsa, suruh anak bertuah dan kawannya turun dulu, aku cuba baiki mana yang patut tak nak kasi tebal sangat garisan celak di kening. Badan tak berapa selesa, sikit lagi nak give up dan cari tandas cuci muka biar polos pergi masuk majlis orang. Akhir sekali aku gosok dan ratakan aje kening dengan jari, suka hati ko la nak jadi apa, labu! Makanan di majlis kakak kawan Azieq petang tu boleh tahan jugak sedap, Pok De Catering katanya, sajian istimewa Briyani Johor. Tapi lauk kenduri dah macam sep...

Di Penghujung Minggu ~ Arkib Mini.

Image
Assalamu’alaikum.  Apa khabar semua? Semoga sihat-sihat belaka hendaknya, sibuk ke hari minggu ni? Aku tumbang sejak semalam, demam selesema datang menjelma. Tapi nak kerja punya pasal, aku terpaksa bertahan tanpa ubat sampai malam. Membebel pakwe, aku buat dek aje, habis tu takkan nak pergi tidur kat ofis, kan? Lagipun siapa nak hantar dan jemput anak kalau aku mengantuk, cer jawab? So, lepas Maghrib baru aku makan panadol, ubat batuk, selesema, allergik dan ponstant, lalu apa lagi... padam ler beberapa jam dibuai mimpi ke bulan dan bintang.  Beg ni apa kena mengena dengan ini cerita? Kawan aku mengadu beg LV Neverfull dia terputus tali kat tepi, tak tau siapa yang potong. Aku suruh dia pergi hantar ke butik, order replacement strap biarlah kena tunggu lama pun, sayang kalau biar gitu aje. Nak beli baru ataupun preloved pun dah mahal sangat harganya sekarang, bukan macam tahun 2010 dulu. Bila tetiba Instagram pun dah buat macam Facebook, tayang memori daun pi...

Tuba Tak Dibalas Gula

Image
Assalamu’alaikum. Siapa tak suka dapat hadiah, kan? Terutamanya kalau hadiah tu sesuatu yang memang kita suka, macam abaya dalam gambar kat bawah ni. Cantik sangat, terharu masa terima daripada sorang sahabat yang baru balik umrah, ole-ole Haramain namanya. Tak expect nak dapat abaya, aku rasa macam nak melompat masa dia hulur paper bag yang sedia tenganga untuk dijenguk. Teringat pulak hati memuji kecantikan abaya yang dia pakai di Madinah dalam Instagram, sekali Allah gerakkan hatinya untuk hadiahkan sehelai abaya yang sama design kepada diriku ini. Semoga dilipatgandakan lagi rezeki sahabatku itu, dimakbulkan segala permintaan dan dipermudahkan segala urusannya. Ameeen! Aku pakai dengan tudung sarung teratai daripada fabrik sifon, tengok lawa pulak bonda pakai, beli la sehelai untuk koleksi peribadi. Tinggal lagi takde la aku pakai hari-hari, rasa pelik pulak kalau nak jodoh dengan gaya santai. Mak takpe la, dia hari-hari pakai busana Muslimah, bukan macam aku rojak pasembo...