Badan Cergas Otak Cerdas

Assalamu'alaikum. Adik2 aku ada dua orang yang bagus sangat bab exercise, sorang jenis pergi gym dan sorang lagi siap berlatih untuk marathon setiap ketika. Yang bongsu tu pulak suka ikut abang dia join marathon, tapi tak la sampai berlatih.. belum nikah pun perut dah boroi, selera 24/7 aku tengok dia makan, dah la suka benda-benda manis dan ada mayonnaise. Aku suka jugak exercise tapi kebanyakan masanya terperap, jadi lebih kepada indoor exercise. Dulu masa kerja part-time kat CC tahun akhir UIA, seronok masuk gym kat sebelah CC tu aje, dah pulak tak payah tutup aurat beriya. Itu la yang buatkan aku malas nak join fitness club, sudahnya nanti bayar sesaja tapi datangnya tak berapa. Pernah jugak masa sewa serviced office kat Bukit Bintang mula2 start bisnes, ada fasiliti gym percuma, pun tak istiqomah pergi, sebabnya kena pakai tutup aurat. Dah la exercise tu panas berpeluh sakan, paham2 aje la bagi yang berhijab segala. 


Tapi tak la bermakna aku anti outdoor exercise, jauh sekali. Apa yang paling mudah nak buat, aku lebihkan berjalan kaki selagi mampu. Kalau terpaksa bawak kereta dan tak naik LRT, cari je parking jauh2 supaya boleh berjalan ke destinasi yang dituju. Takde la keluar peluh pun, kan? Tapi sekurang-kurangnya dapat la exercise jugak sikit sebanyak.


Baru-baru ni aku kebetulan ada kesempatan nak join adik perempuan aku si Ida tu pergi exercise, dia paham aku kan agak OKU tak mampu nak jogging, jadi dia jalan kaki je la dah kakak sibuk nak menempel. Syiaaaan dia. Punyalah ilmiah sepanjang jalan pergi dan balik, duk layan dia borak pasal astrologi, seni bina, sistem pendidikan, eh macam2 lagi. Yang aku ni jenis membawang je kan dgn kawan2 selalunya, pelik jugak la masuk bab ilmiah sangat. Muahahahha. Siapalah jodoh dia nanti, payah nak dapat typical Malay yang sesuai dengan ideologi dan preference dia. Kita doa yang baik2 sudah.. kalau takde kat dunia, maka pasti menanti di sana. Bukan kerja kita semua tu, kan? 



Aku seronok betul berjalan petang tu, sejam lebih jugak la ambik masa pergi dan balik.. berpeluh tak usah cerita la. Suka hati mak nenek je capai baju dan seluar yang aku buat tidur, dengan tudung sarung buat pakai kat kampung ataupun pergi pasar tani. Memang tak matching langsung, nak tergelak pun ada. Itupun tak reti malu, boleh lagi share dalam blog kasi korang tengok. Takpe je kan? Aku ni apa yang korang nampak, itulah yang korang dapat.. tapi belum semua tau, jadi baik jangan rasa dah cukup kenal, tau. Haa... gitu. 


Sehari selepas tu, aku pagi2 sebelum turun kerja dan selepas tinggalkan kopi untuk suami dalam termos atas meja, gigihlah pusing taman jalan kaki sorang2, dapat setengah jam pun dah cukup. Balik rumah tambah setengah jam kayuh basikal statik yang takkan sampai ke mana pun walaupun berjam-jam mengayuh. Tinggal lagi takde la berjam, takat setengah jam je rajin nak kayuh, lepas tu siapkan repair lengan baju yang nak pakai pergi kenduri esok lusa. Bukan takde baju lain, tapi nak kasi matchy-matchy dengan anak dan suami, itu je la bajunya. Bila ntah aku jahit, dua bulan lepas kot.. lupa dah, tapi bibik duk bising suruh betulkan lengan sebab aku tersalah jahit sampai bertindih punca lengan dengan bahu. Punya la malas nak betulkan, aku main pakai je pergi kerja lepas jahit. Ini pun kalau bukan sebab nak pakai kenduri, rasanya terbiar bodoh gitu je dalam almari. 


Nanti aku ambik gambar pakai baju tu masa kenduri dan upload kat sini, ada gak modal nak buat entry. Sementara itu, selamat bekerja dan berhujung minggu buat korang. Kalau ada nak pergi kenduri tu, selamat melaram dan menjamu selera. Bagi yang naik pelamin, selamat pengantin baru, semoga kekal bahagia hingga hujung nyawa, bercinta di dunia dan di akhirat sana. Ameeen...!

~ Nai @ Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan