Belajar Lilit Saree
Assalamu’alaikum. Hari ni Ahad, 31hb Disember, hujung minggu terakhir bagi tahun 2017. Malam ni ada aktiviti BBQ dengan ahli famili, makan-makan secara berjemaah. Tapi awal lagi nak mulakan, lepas Isyak baru logik sikit, maklumlah nak menanti detik 12 malam tu bukannya sejam dua kalau makan awal sangat. Adik-adik pulak ada program tersendiri, entah pukul berapa boleh sampai dorang tu dari destinasi masing-masing. Mak sebelum azan Maghrib dah turun gi masjid, ada program sambutan tahun baru dengan pengisian rohani secara besar2an. Aku takat solat jemaah dengan pakwe pun dah rasa syukur sangat-sangat, alhamdulillah...! Malam tadi aku saja isi masa terluang dengan belajar pakai saree kat you.tube. Jenuh jugak nak boleh jadi, itu pun aku terkial-kial tak tau mana punca dan mana hujung kain nak mulakan. Bila tengok balik, confirm tersilap step, sebab bahagian pallu (selendang) sepatutnya yang ada corak dan bling2. Aku pegi letak yang plain pulak kat bahu, hurmm... Dah 6 tahun aku tak beli k...