Jalan-Jalan di Sekitar Dotonbori, Osaka
Assalamu’alaikum. Dotonbori memanglah wajib dikunjungi kalau kita melancong ke Kansai, dah jadi macam rukun, senang cerita. Kat situ jawabnya besarlah kemungkinan untuk kita bertembung dengan orang-orang Malaysia dan Indonesia, yang kadang-kadang naik sama flight dengan kita dari Kuala Lumpur, ataupun yang kita sapa berbahasa bahasi di Kansai Airport masa mula-mula sampai. Maklumlah, terjumpa bangsa sendiri di tempat orang ni seronok nak berkongsi senyuman, kalaupun tak berapa rajin nak berborak panjang.
Kami sebenarnya dah pergi ke Dotonbori sekembalinya dari Kyoto, pusing-pusing kawasan yang makin malam makin hidup suasananya. Sempatlah aku tawaf H&M yang gedabak kat situ dan rembat sehelai oversized jumper rona putih susu. Keesokannya pagi-pagi kami pergi lagi, maklumlah dah sampai penghujung lawatan, tunggu masa nak balik tanahair je. Kat situlah pun nak beli souvenir apa yang patut untuk dibawa pulang, walaupun currency depa mahal nya mak ai, berbanding Ringgit yang longlai. Anak aku dah kepenatan sangat, mood ke laut dah, dia bukan sejenis budak yang reti melilau saja-saja window shopping. Lagipun hari tu kebetulannya cuaca terlebih sejuk la pulak, mula la cepat lapar dan penat.
Jadi, macam biasalah, aku kena mainkan peranan untuk kawalselia emosi dia, jangan sampai berjangkit pulak kat daddy dia. Sebenarnya dia nak lepak kat Starbucks, makan waffle sambil buat hal sendiri, tapi sepanjang hari Starbucks terlampau padat, beratur sampai ke luar melimpah-ruah manusia. Itu yang daddy dia kata tak payahlah, mana ada tempat nak duduk, baik jalan-jalan dulu dan cari tempat lain je nanti nak lepak makan. Budak baik, dia diam dan ikut je tapi aku tau dia tetap nak waffle pujaan hati, selagi tak dapat memang duk jeruk rasa je. Dia memang banyak ikut perangai mummy dia, apa nak dikata?
Dua tiga kali jugak pusing, jenguk kot ada ruang nak mencelah kat Starbucks tu, tapi keadaan tetap padat. Cuaca sejuk sangat, orang pakat nak hibernasi dalam Starbucks sampai lebam, takde makna nak angkat punggung keluar kasi orang lain pulak masuk. Kira macam minum secawan kopi lepas tu lepak sampai malam tak keluar-keluar, kau rasa? Kesian anak aku. Tapi ye la, dah nama pun berjalan, kena la terima apa jua keadaannya, kan?
Akhirnya ada la sebuah kedai yang jual waffle kat kawasan sekitar yang tak padat dengan manusia. Pakwe aku bukan suka bersesak-sesak, jadi tempat tu sesuai la bagi dia, aku dah tau apa reaksi anak aku sebenarnya, tapi saja tahan gelak. Dia tak boleh habiskan pun waffle tu, dah nama anak aku kan? Apa yang dia nak, kalau tak dapat, takde penggantinya. Dia cuba tolerate, makan jugak tapi tak habislah, aku makan pun paham kenapa, tak sedap. Patutlah tak ramai orang kat situ, kan?
Heheh. Kelat je muka pakwe, anak sorang je pun, bro, relax ler...!
Sambung jalan-jalan, terpanggil nak berhenti kat kedai lukis kartun, at least menda tu anak aku suka dan bagus jugak bawak balik kenangan dari Dotonbori dengan lukisan macam tu. Kami ambik yang basic je, sesuai dengan bajet, nak tambah scenery ataupun tulisan apa bagai, menambahkan kos, baik tak payah, yang penting ada muka bulat aku kat dalam tu bersama dua orang hero Malaya. Ada sampai sekarang kat atas meja study anak aku dalam bilik dia, setiapkali pandang, aku akan teringat apa jadi hari tu.
Mummy, Daddy and Junior in the house!
Dah selesai acara lukis melukis, anak dan bapak pun dah tak tension, kami meneruskan perjalanan mencari tempat makan pulak. Tengok dalam google, ada orang rekemen makan kat restoran takoyaki di Chreo-ru, boleh pilih menda-menda termasuk sos yang halal. Maafkanlah waitress mereka kalau tetap rekemen daging khinzir dengan beer, dorang tak paham agama kita, dorang cuma bertanya. Kita nak sentap buat apa, kan? Duk tempat orang ni, pandai-pandai la bawak diri, yang penting tau apa yang boleh dan tak boleh dimakan, selesai masalah. Anak aku tak nak makan, dia nak lepak je sambil teman kami makan. Macam tak tau, dia sedih tak dapat waffle. Hehhe. Takpe, balik rumah nanti dia makan, aku pujuk daddy dia.. aku masak jugak sampai rumah.
Punyalah lega dapat masuk tempat hangat, bukak jaket bagai. Tak tahan berjalan lama-lama kalau cuaca terlampau sejuk, dah kita dari tempat yang panas sepanjang tahun. Takoyaki kat restoran tu takde la sedap mana pun, tapi bolehlah buat alas perut daripada kosong. Aku ambik jugak la nibble sikit, yang makan beriya cuma pakwe, baguslah asal dia bahagia. Aku sangat-sangat bahagia sebab boleh rehatkan lutut yang mencucuk-cucuk kat luar sana, lepak tempat panas dengan full-blown heater, alhamdulillah... Haa.. terus pakai sweater putih yang baru beli malam sebelumnya!
Lama jugak kami lepak, sempatlah hilang lenguh. Lepas tu pelan-pelan pakat balik ke apartment, cukuplah tawaf di Dotonbori seharian. Adalah jugak souvenir yang dibeli, bagi kat staff dan family: shopping bags, origami, buku nota, chopsticks dan menda-menda yang sewaktu dengannya. Kalau korang bajet lebih, seronok keluar masuk cari preloved branded items kat kedai-kedai kat Dotonbori tu, terutamanya LV, Gucci dan Chanel. Tapi secara peribadi, aku lagi suka kat Tokyo kalau nak cari menda-menda gitu, teratur sket, manusia pun tak padat macam kat Dotonbori. Tinggal lagi, tengok la korang jenis suka shopping ke tak. Macam kami bukan kaki shopping, lebih kepada jalan-jalan ambik gambar dan kumpul kenangan.
Gambar atas: Meja study anak, tempat bertenggeknya lukisan muka bulat dari Dotonbori. Gambar bawah: dalam ruang solat di stesen tren Namba, pakai oversized sweater yang aku beli kat H&M Dotonbori, lepas balik dari Kyoto.
Itu je la buat kali ni, terima kasih sudi baca. Jumpa lagi lain kali, Assalamu'alaikum.
~ Nai at Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment