Minggu Karipap Pusing

Assalamu’alaikum. Minggu ni rajin pulak aku lilit shawl ala Elfira Loy, ada festive mood la lebih kurang. Bibik aku kata nampak macam bunga teratai kat bahagian yang berputar-putar tu, tapi kadang-kadang aku lagi suka sebut karipap pusing. Ikut mana pun, aku suka...!



Hari Sabtu aku kena pergi jadi pengiring pakwe masuk istana, jenuh ler cari baju mana yang sesuai... macam takde je. Akhirnya aku pakai yang ni, baju kurung Pahang di Istana Pekan, Pahang. Dah 4 tahun lebih dah umur baju ni, tapi belum sampai 6 kali aku pakai, percaya tak? Yang terakhir aku gayakannya masa majlis akad nikah dan persandingan adik kat Nilai, dua tahun lepas. Kain saree ni memang selesa dan sejuk di kulit aku, dialas pulak dengan lining daripada cotton. Terbaik, baq hang..! Shawl tu pun sejuk, nyaman sekali, elok sangat la di bawah panas terik mentari daerah Pekan.



Hari Isnin buat karipap pusing lagi, masuk ofis. Unifi tak boleh guna, banyak kerja tergendala, katanya mungkin ambik masa 3 hari sebab ada masalah kat menara mana entah. Angin je aku rasa, kalau masa kita lambat bayar sikit je, berdesup kena potong line. Tapi masa dorang, selamba je buat lambat, aish..!



Kita layan karipap pusing je la, ambik selfie. Tapi tak jugak, dari pagi sampai petang memang busy memanjang. Alhamdulillah... busy means good business, kan?

Hari Selasa pun sama: masih mengekalkan karipap pusing dan unifi masih belum berfungsi. Maka banyak la masa nak update blog, kan? Nak gi jalan-jalan window shopping, zaman tu dah berlalu, maklum la ekonomi meleset. Heheh.



Aku akan try update hari-hari aktiviti karipap pusing ni sampai Jumaat, kita tengok apa jadi. Jadi, semuanya aku akan letak kat sini, saja nak tengok sampai bila boleh kekalkan kaedah pemakaian shawl yang sama.



Okay, hari Rabu masih lagi berjaya mengekalkan tema karipap pusing, walaupun shawl daripada kain lycra berat sikit. Jadi jugak putar teratai tu kat telinga, cuma flow jadi lain la sikit. Dan Alhamdulillah... unifi dah boleh guna, takde la azab kami nak buat kerja. 

Khamis, Hari Batik Nasional, kita pakai kurung pesak gantung daripada batik Minangkabau. Shawl murah je, beli kat pasar tani dua tahun lepas, digayakan style karipap pusing. Sesuai dengan tajuk entry, kan? Heheh.






Okay, sampai jugak kita ke hari Jumaat, penghujung minggu, alhamdulillah. Hari ni dah festive mood, maklum la cuti sampai Isnin, kan? Adoi, mana la nak pergi cuti lama-lama ni... semoga ada la rezeki terpijak nak keluar daerah barang sehari dua, Ameen.... 



Hijau zamrud arini, kain saree dijahit menjadi kurung pesak gantung, tak pun orang panggil kurung Riau, kalau tak silap. Shawl ni nipis, tak berapa best nak pusing2 jadi karipap. Mudah dibentuk, cuma kena alas dengan syria kecik kat dalam sebab nanti berbayang rindumu pulak apa yang tak patut. Baju ni memang special di hatiku tapi pakwe tak suka... nama sangat corak saree katanya, too ‘Indian’. Eh, takpe la aku nampak lawa je, so it’s okay... kita tak kacau orang pun. Ngee... 



Demikianlah saja update sepanjang minggu tentang style tudung ala Elfira Loy daripada aku. Berjaya jugak kekalkan style shawl yang sama hari-hari, dah terer dah lilit.. kejap je menjadi. Korang try la kalu rasa berkenan, hokeh? Anyways, terima kasih sudi baca, jumpa lagi lain kali. Assalamu’alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.


Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan