Seharian di Universal Studio of Japan

Assalamu’alaikum. Setahun kot baru nak sambung cerita Jejak Kansai ni, ko rasa? Ikutkan bajet, memang tak berapa mampu nak masuk USJ ni asalnya, tapi pejam mata aje ler, datang jauh-jauh, takkan nak hampakan perasaan anakanda yang terlampau kepingin ke situ. Balik besok usahakanlah macamana nak cover semula apa yang patut. Jadi, kunjungan ke USJ hari keempat tak silapnya, adalah kemuncak perjalanan kami di Kansai, klimaks dah tu kira, yang lain-lain dah jatuh aksesori. 



Pagi-pagi lagi dah berkelubung meredah kabus dari apartment ke stesyen tren, dua kali jugak la tukar tren nak boleh sampai ke USJ ni. Manusia kat Jepun ni memang obses dengan taman tema dan menyokong 200% industri pelancongan dorang. Maka, sepertimana Disneyland Tokyo, rakyat merekalah yang memenuhi Universal Studio Japan. Kira kita ni nampak sangat pelancong kalau masuk taman tema, tak macam di Paris, Hong Kong ataupun Singapura. Lebih kurang kat Legoland JB la, penuh dengan orang Malaysia. 



Aku ada satu penyakit kalau pergi tempat sejuk: kulit jadi flawless dalam gambar. Hahaha. Perasan nak mampus! Tapi serius, kulit aku sesuai betul duduk tempat sejuk, dari zaman lepas SPM lagi aku dah perasan fakta ni. Duduk kejap kat Scotland dulu sebelum balik masuk UIAM, memang macam masuk peti sejuk jadi kulit. Tapi takde maknanya, kulit je sesuai, tulang belulang dan uraf saraf aku tak sesuai langsung duduk tempat sejuk, mereput! 



Masuk taman tema macam biasa la, mana boleh bawak makanan luar. Dari pagar utama dah kena skrin dan check segala poket dan beg, memang takde peluang nak seludup nasi lemak bungkus ke apa, pasrah je ler. Pagi2 kat apartment kami dah makan berat siap-siap, dah tau risiko berlapar lama-lama kat dalam tu nanti. Takat singgah minum kopi dan makan waffles boleh la buat alas perut. 



Anak aku ralat, pergi masa winter banyak tempat tak bukak, terutamanya anime parade ke amenda ntah dia bagitahu. Nak pergi musim bunga pulak, mummy! Erkkk.... macam terlekat bola golf kat kerongkong mummy dia dengar! Mana la tau kot ada rezeki kan... sesambil menikmati keindahan sakura. Ameeen.



Kami naik Jurassic Park punya water ride, siap bagi baju hujan sebelum masuk. Memang best ride ni, berbaloi-baloi! Cuma masa naik kat paling atas sebelum ride menjunam turun dengan kelajuan maksima, rasa putus urat perut dan nak tercabut jantung, gayat! Pakwe aku dah takde darah mukanya, aku bantai gelak bila turun. Hahaha dia mana pernah naik menda2 menggayatkan macam tu seumur hidup! Upahlah berapa pun lepas ni dia takkan mau nya, tapi tak tau la kot anak dia pujuk, kan. Baju hujan yang kami pakai tu takde pekdah mana pun, lencun jugak apa adanya. Pergh... bagus sangatlah dengan cuaca sejuk, air pun sejuk, baju kita lencun, menggigil la! 



Solat kat mana agak-agak? Kat cafe yang kami berhenti minum kopi dan makan waffle, sebelah Jurassic Park’s Ride. Cari je meja hujung yang free, bentangkan alas muka sket, solat jamak qasar dengan jayanya. Alhamdulillah. Dah diberi nikmat sekian banyak, takkan la kita nak derhaka pulak kat Allah swt kan? 



Bila ingat balik, memang terbaik la kenangan di USJ ni, patut la anak aku nak pergi lagi. Dia kan budak anime, hidup dia penuh dengan segala bagai keindahan Jepun. Macam aku gak, besar dengan kartun dan drama TV Jepun, keinginan untuk ke Jepun memang sentiasa berkobar-kobar. Kalaulah Ringgit tak menjunam macam sekarang dan ekonomi tak menyiputsedutkan diri, kan best?



Dah petang baru pintu ke Hogwarts dibuka, mamat berdua tu temankan aku je, sebab aku sorang je yang minat Harry Potter. Sanggup aku beli special pass nak masuk situ, tak kuasa nak beratur panjang dan lama-lama dalam kedinginan yang menggigit. Punyalah besar kawasan tu, bergegar kepala lutut nak boleh ke sampai ke laman utama, duk meredahi hutan kiri dan kanan. 



Kami tak naik apa-apa ride pun, lepas gayat dan lencun di Jurassic Park, pakwe dah tobat lahum tak nak naik ride! Hahaha. Comel je dia. Aku pun tak nak jugak, kepala pening nak berpusing-pusing turun naik gitu gaya. Seram! Lagipun aku bukan gila rides pun kat mana-mana taman tema, aku nak jalan-jalan ambik gambar je sebenarnya.



Macamana la orang boleh pakai mini skirt dalam sejuk-sejuk tu? Aku ni kalau boleh nak selubung dengan toto je! Itulah, kalau musim bunga gamaknya datang pakai macamana la, ya? Saspen pulak aku pikir. 



Yang paling happy mestilah aku, tengoklah sengih macam kerang busuk semua gambar! Ada jugak rasa ralat, sebab Harry Potter cakap Bahasa Jepun, dah kenapa? Nak kena pergi Universal Studio L.A nampak gayanya, baru tak frust!



Butterbeer ni indah khabar daripada rupa, dah la mahal naw2. Menda ada cengkih memang tak lalu tekak aku telan, biar la takde gambar minum menda tu sambil tinggalkan kesan kat bibir pun, takpe ler! Aku tukang ambik gambar pun dah okay.. Untuk yang belum tau, Butterbeer USJ ni halal, jangan bimbang, relax dan chill aje, okay?



Hala balik kami singgah kat Hard Rock, macam biasalah teman pakwe beli t-shirt. Dapat gak la sehelai dua kat makwe, kan? Alhamdulillah...



Anak aku lepas dapat jejakkan kaki kat USJ, dah tak berapa seronok mana nak berjalan, hurmm.. perangai mummy dia masa kecik! Tapi dia dah besar, takde buat perangai yang tak elok pun, masih ikut mummy daddy ke sana ke mari. Cuma kita tau la dia tak minat, kalau boleh nak lepak main game dan tengok movie dalam you.tube Kat apartment je. 

Baru-baru ni dia ada bagitau, nak ke Jepun lagi. Aku kata sabar.. tunggu keadaan mengizinkan, sekarang bukanlah masanya. Dia paham, ye la tak salah takat nak borak dengan mummy, kan? Semoga dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki, ameen...

Okay, terima kasih sudi baca. Jumpa lagi lain kali, Assalamu’alaikum.

Comments

  1. Hi Admin best nya dapat ke Japan..Klaw nak pegi SG boley consider promo ini k... :) 😊 mari join 💡"Singapore (SG) Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / 🔎🚩Backpacker Trip Jelajah SG dari serendah 🔥RM90-RM60 sahaja...

    Juga ada promosi; 🔖PAKEJ USS Trip dari JB @ 🔶Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-SKYLUGE-Lebih dari 30 JENIS!) All at %% Discount Price! Nak Private Tour 🚘 (car/starex)? Pun ada.. Silakan tanya...

    Bole WHATSAPP ke ✔+6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel *Contact: ✔+6012-7760219

    *Silakan lawat >>> ★ FB.COM/LOVETRAVEL86

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi there! Tqvm for your visit, would definitely check it out!

      Delete
    2. Thank you ms Nai ☺😊 Have a good week! ~JESS

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan