Belajar Lilit Saree

Assalamu’alaikum. Hari ni Ahad, 31hb Disember, hujung minggu terakhir bagi tahun 2017. Malam ni ada aktiviti BBQ dengan ahli famili, makan-makan secara berjemaah. Tapi awal lagi nak mulakan, lepas Isyak baru logik sikit, maklumlah nak menanti detik 12 malam tu bukannya sejam dua kalau makan awal sangat. Adik-adik pulak ada program tersendiri, entah pukul berapa boleh sampai dorang tu dari destinasi masing-masing. Mak sebelum azan Maghrib dah turun gi masjid, ada program sambutan tahun baru dengan pengisian rohani secara besar2an. Aku takat solat jemaah dengan pakwe pun dah rasa syukur sangat-sangat, alhamdulillah...!

Malam tadi aku saja isi masa terluang dengan belajar pakai saree kat you.tube. Jenuh jugak nak boleh jadi, itu pun aku terkial-kial tak tau mana punca dan mana hujung kain nak mulakan. Bila tengok balik, confirm tersilap step, sebab bahagian pallu (selendang) sepatutnya yang ada corak dan bling2. Aku pegi letak yang plain pulak kat bahu, hurmm...



Dah 6 tahun aku tak beli kain saree, sekali dah mula, hurmm... bukan reti slow down. Dah pulak Madras tengah buat Year End Sale, mau tak mabuk? Sabtu lepas aku beli sehelai warna zamrud, sehelai lagi warna biru. Dua-dua tu niat di hati nak buat pakai raya, buat baju kurung Pahang dan kain susun belakang. Takpun, kain potongan ‘A’ tengok la macamana nanti. 



Bila tengok hasil lilitan saree ni, aku terasa nak beli sehelai yang khas dipakai macam dalam gambar kat atas. Takde majlis yang sesuai pulak nak pakai, bukannya ada majlis tema Bollywood pun dalam hidup aku ni. Kawan berbangsa India pun sorang je, masa mula2 jadi peguam tahun 2001 dulu, Rengeswari namanya. Dah lost contact lama sangat. Sorang lagi Shalinee, masa mula2 bukak firm tahun 2005 kat service office Bukit Bintang. Pun dah lost contact. Tinggal sorang je lagi sekarang, kawan baik adik aku, Moona. Haa... aku tau, masa majlis kahwin Moona aku nak ajak Ida pakai saree! Yeay....!!!

Tapi sebenarnya boleh je kita pakai, nama pun duk kat Malaysia, kan Malaysia ni Truly Asia? Tak payah tunggu ada tema Bollywood ataupun kenduri kahwin orang India pun, kan? Jap tadi Ida sampai dari Puchong, aku gi pakaikan dia saree warna zamrud, pergh... merecik, baq hang! Nanti aku update gambar. Here goes: 



Ok dah pandai sket pakai. Baru betul macam ni.





Selamat Tahun Baru, everybody! 

~ Nai at Tak Pe Je.


Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan