Batik Lurik Sebagai Blouse Labuh

Assalamu’alaikum. Ye lah, aku ni golongan minoriti kat Malaysia yang suka sangat kain batik Jawa sampai buat blouse bagai. Yang ni namanya batik lurik, sejuk betul dibuat blouse labuh. Selesa nak bergerak, jodoh pulak dengan seluar panjang, memang terbaik!



Kononnya nak tiru design sehelai blouse Zara, walaupun tak menjadi sebab yang ni kain cotton, aku tetap puas hati setiapkali pakai. Kira tak menyesal la, kan? 



Esok dah Jumaat, hari terakhir bekerja untuk minggu ni. Berlambak yang dah pergi bercuti ke dalam dan luar negara, aku masih terkial-kial melengkapkan apa yang pincang. Takpe la, berjalan merata tu bukannya tak pernah merasa, sabar... pelan2 kayuh. Dah stabil nanti, ada la peluang dan kesempatan menanti di hujung jalan. Insya Allah.

Kepada yang melancong tu, selamat menikmati panorama destinasi-destinasi pilihan korang. Sampai waktu, balik ke pangkal jalan, jangan melencong pulak...! Terima kasih sudi baca, jumpa lagi lain kali. Assalamu’alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan